27 June 2008

Hidup umpama peperiksaan

Mimbar jumaat hari ini membuat aku rasa tertarik dan membujur mata, mencapang telinga aku nak dengar khutbah harini walaupun rasa mengantuk tu penuh dlm diri aku. Nada khatib memang tegas. Nak terlena je mesti tegak balik. Dalam petikan khutbahnya, aku nak 'highlight' skit bagi peringatan kita bersama.

Kalau kita menghadapi UPSR,PMR,SPM dan sebagainya, kita kene tahu kehidupan di bumi ni juga peperiksaan. Kalau kita kecilkan skop kepada peperiksaan SPM contohnya. Perkara penting dalam SPM termasuklah; pemeriksa, penggubal soalan, calon menjawab, tempat peperiksaan, masa diperuntukkan, persediaan menghadapinya dan keputusan peperiksaan tersebut. Kalau nak dibanding dengan kehidupan, Allah lah pemeriksa, penggubal dan calon nya siapa lagi kalau bukan kita. Macam mana kita berkorban untuk dapatkan keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan, begitu jugalah apabila kita menghadapi peperiksaan di dunia ini. Cuma penggubal dan pemeriksa adalah Allah. Kitalah calon yang perlu membuat persediaan sebelum diadili atau disemak dan diperiksa oleh Allah S.W.T.

Kita sebagai calon perlu bijak menjawab soalan. Kata cikgu kita dulu kene pandailah 'tackle' soalan tersebut. Kata khatib juga, Setiap calon harus ketahui persoalan dirinya. Yang kaya persoalanya kekayaannya.. yang miskin persoalannya kemiskinanya. Yang berilmu, persoalannya manfaatkah ilmu yang digunakannya. Begitu juga yang sakit persoalannya, penyakitnya dan macam-macam lagi ragam manusia ini. Jadi, kita perlulah bijak 'tackle' persoalan sedemikian terlebih dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, nafsu kita akan lebih kepada keburukan dan maksiat. Adalah satu perjuangan untuk kita melawan nafsu tersebut untuk melaksanakan kebaikan. Aku nak nasihat lah diriku dan rakan-rakanku supaya teguhkanlah iman. Kuatkanlah dan perbanyakkanlah beribadat. Ahad ini, aku berangkat ke Melaka. Dan berharap aku dapat memperbanyakkan lagi amal-amal ini. Di rumah, memang tiada pengisian. Nafsu buruk penuh di dada. Tapi, aku nekad nak perkuatkan lagi amal aku di sana kelak. Marilah kwn2...

AAaaa....

Malam ni, aku tertarik dgn satu video dari sdr hanief... hehe nama nak dkt sama laa bro!.. pasal Aaaa.. A.aaa dalam parlimen kita. Tak kira laa dari Barisan atau Pakatan. dua-dua wakil rakyat ni banyak buang masa kat situ je.. Hehe.. tapi bukan senang kan nak berucap macam tu..

26 June 2008

Letih!!..

Tengok bola pukul 2.45 pg di mana Turki lawan Jerman. Aku tak tidur nak tunggu match itu start. Tp, tengok bola tu, taklah tengok full. Dah halftime aku tutup laa... tak penting pon match tuh, match spain lagi penting. Hehe. Aku tidur agak awal malam tu (awal aku pun pukul 3-4) sebab ada urusan bank pagi esoknya (harini). Jadi, pukul 11.30 aku keluar pegi fotostat apa yang perlu dan terus menuju KTM amik kawan aku si Fareez yang katanya ada urusan bank dekat Bank Islam (BIMB).
Huh, sahabat aku ni nak bayar yuran, sama laa macam aku. Tapi giliran dia mak ai. Nak tunggu berpuluh-puluh orang lagi baru turn kita. Sebelum ni aku bukak akaun pon camtuh, pegi pukul 9 balik pukul 12. Memang sesak dek budak-budak yang nak masuk U ahad ni. Jadi, aku pegilahh ATM untuk selsaikan yuran IPT tuh. Senang, cepat, mudah je buat kat ATM. Masukkan I/C dah siap. Tak payah tunggu giliran. Jadi sahabat aku ni, dia nak tunggu giliran jugak, dengan alasan poket dia penuh dengan duit nak bayar. Kemudian, aku pon cadangkanlah kat sahabat ni supaya kreditkan duit yang penuh di wallet tu ke dalam mesin teller khas. Mula-mula sahabat ni tak nak percaya, tapi setelah ditanya kepada akak kaunter tu, memang boleh. Jadi dia pon bank-in laa dengan mesin teller khas tu. Huh, memang buang masa nak beratur tunggu giliran lama-lama kalau takat nak bayar yuran. Tapi takde akaun BIMB takleh laa bayar cara tuh.

Kemdian, kitorang shoping laa... cari segala barang keperluan yang tak cukup. Shoping punya shoping, msti lah lapar n penat. Fareez ni pulak ajak laa makan sate, katanya dah alang-alang pegi Kajang yang terkenal dgn Sate nya.. kenalah pekena sate ayam 30 cucuk.

Pegh!!.. Mahal,!!.. RM0.60 secucuk. Baru sebulan lepas aku beli RM0.50 je!!.. memang tak percaya.. walaupun harga 10sen je beza tapi dah kita darabkan dengan 30 cucuk banyak bezanya!. Belum aku beli 100 cucuk untuk satu family. Berganda mahal dia.
Dahla kecik.
nah aku tunjukkan sikit gambar-gambarnya.


Lepas je layan sate, aku pegi balik BIMB tadi nak uruskan SSPN. Borang pulak takde. Aku pegi CIMB. Pon borang habis. BSN?? Server Down pulak. Tetiba depan Metro point ada CIMB. Borang ada!, tapi boleh bukak akaun 18 tahun kebawah je?? pelik aku.. Jadi, aku isi borang dari CIMB nih, aku submit ke BIMB yang borang habis tadi. HA?? ape jadi?? Pegh. masak aku nak tunggu lama2.. korang tengok je laa no. berapa nih? sanggup nak tunggu. Sekarang pukul 3.00pm Nak tunggu smpai pukul 5?? Kompem tutup!..
LU PIKIRLAA SENDIRI!!.. hahaha


Ceklist sebelum berangkat

  • Akaun BIMB - dah buat
  • SSPN - Khamis, buat dgn Fareez
  • Medical Checkup - Klinik Kita, Saujana Impian
    • Smua sekali, RM60
    • Guna Insuran ING.
    • Kalau x guna insuran, mau cecah ratusan kot.
  • Photostat
    • i/c - blum lagi
    • sijil spm - dah
    • penyata gaji bapak - dah
    • sijil KMM - dah
    • Keputusan Matrik - dah
    • rasa bab fotostat smua dah lengkap.. malas nak listdown
  • Yuran - blum lagi, aku bank in pakai ATM BIMB aje.. rasanya
  • Borang
    • Semua dah settle kcuali, borang diceraikan dari Buku panduan tu ada yg taktau..
  • Keperluan
    • Baju, seluar cukup. Kasut sedang proses mencarik.. hehe

Huh.. rasanya memang semua dah hampir selesai, tapi perasaan tu mesti rasa tak sedap hati. Jiwa sentiasa tak tenteram pikir pasal kemasukan ahad ni. Tp, sebelum apa-apa hal yang tak diingini itu yang aku ceklist kan.
Kepada pembaca yang rasa aku masih ada yang tertinggal.. tolonglaa komen ekk!..

21 June 2008

bahaya betul indon ni




Mungkin dia ni pekerja kontrak kot. ada banyak lagi keje nak buat. entahlaa... elok je selamba dia duk kat blakang lori nih..


Tadi dalam perjalanan hantar mak uda aku... dah bosan2 tunggu trafic light... main snap laa apa2... hahaa...

UTeM ???



Dari dulu aku tertanya-tanya baguskah universiti ini? Memang sebelum ni, takpernah terlintas pun universiti ini yang akan aku jejaki selepas ini. Namun, persepsi ni dah aku buang sebelum Final exam kat KMM lagi. Aku dah buat banyak survey tentang universiti ni masa minggu apa tah (yg ada bro. Utem dtk KMM). Masa tu aku taklepas peluang untuk bertanya macam-macam kepada abang2 faci tu. Jadi, aku amik keputusan untuk pilihan kedua saja untuk UTeM.
Sebenarnya aku lebih cita-cita untuk ke UiTM juga dalam mekanikal. Tapi pilihan aku itu, lebih kepada kemahuan saja, aku rasa situlah tempat aku membesar iaitu Shah Alam, dan berniat nak sambung UiTM untuk kembali ke Shah Alam saja.. Lagipon ramai kwn2 aku dar TiKL dulu masuk situ dan pilih situ.
UTeM iaitu- Universiti Teknikal Malaysia Melaka ni memang platform kejuruteraan dan teknikal. Jadi, Universiti ini mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ini.
bawah ni aku kasi usha skit pasal Visi, Misi dan Moto UTeM
Haha.. nak ulas tak reti, lu pikirla sendiri yekk..
Oklah, aku pon memang nak sangat teruskan bidang kej.Mekanikal yang sudah aku pelajari sejak form4 di TiKL.. Aku rasa, pendedahan dah aku dapat sebelum ni, dan mungkin dengan basic yang aku ada, aku akan teruskan jugak kat UTeM nanti.

And to all my webteam at My-LFC.com, i hope you all take care on that web, keep on updates all news about LFC. InsyaAllah i'll be back to support you again when i got access to the internet at Utem.. haha... Internet is my life now.

Ok, wish me luck there... and always put me in your dua...
salam..

11 June 2008

akhirnye, my-lfc aku siap!!

Yeah, aku boleh tarik nafas lega bila akhirnya boleh release kan version 1.0 My-LFC ; Sejak cuti lagi aku dah mula main-main dengan Joomla iaitu sebuah sumber terbuka atau 'open source' percuma kepada semua pengguna atau web developer. Dulu aku cuba bermain main dengan satu lagi open source, XOOPS. Sejak dua menjak ni aku lihat, XOOPS seperti menghentikan pembangunannya, jadi aku cuba beralih ke joomla. Bagi aku, Joomla lebih mudah dikendalikan berbanding XOOPS. One click installation dia memudahkan pengendalian web-web portal seperti My-LFC. Mungkin korang yang baca ni kurang faham dengan apa yg aku tulis ni. Tapi, asasnya taklah senang dan mudah nak difahami pasal joomla ni. Kadang-kadang aku merangkak untuk faham sampai ada sifoo aku naik bosan ajar aku.
Berbalik pada My-LFC; web ni menyediakan platform kepada semua Fan Liverpool untuk berforum dan mendapatkan berita terkini tentang Liverpool di dalam bahasa Malaysia. Di Friendster, Myspace dan banyak lagi blog-blog dicipta oleh fan liverpool di malaysia. Setakat ni, dalam pencarian aku dan rakan webteam masih tiada lagi platform untuk Fan Liverpool menyuarakan pendapat masing-masing. Inilah tempatnya bagi semua Fan Liverpool menyuarakan pendapat masing-masing.

Kalau korang terbaca artikel ini, dan merupakan Fan liverpool. Marilah daftarkan diri korang kat sini.

Link: http://www.my-liverpoolfc.com

09 June 2008

Ego BN 'expired' september ini?

Lepas saja Black14 hari itu, Anwar mewarwarkan beliau akan ke Putrajaya Ogos ini. Kemudian ditangguhnya 16 September bersempena Hari Malaysia. Pemilihan tarikh ni amat simbolik berikutan penubuhan Malaysia Barunya yang bebas dari musuh utama negara, RASUAH. Kemudian, ura-ura Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih kerajaan mula di pandang ringan semua pihak. Ada yang kata ini kerja gila, dan hanya mainan politik Anwar. Kemasukan Ezam ke UMNO, dikatakan berjaya membaiki kapal UMNO yang hampir karam itu. Isu, Batu Puteh melihatkan UMNO gagal menjaga kedaulatan negara. Kemudian, MINYAK menjadi penghias dada akhbar.

Isu minyak telah mengukuhkan kembali Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat bersatu menentang kenaikan harga minyak. Dulunya UMNO sekarang kuat mengkritik kerajaan, begitulah dengan apa yang saya nampak sekarang. Tadi, baru saja berlangsung ceramah Anwar, Khalid (MB S'gor) dan Azmin di taman permata. Permitnya adalah sah. Sebelum saja ceramah itu, Anwar buat press conferens. Katanya, 30 Ahli parlimen BN pasti melompat. Seperti mana Ezam buat baru-baru ini.

Ada yang dah hubungi Anwar tentang lompat parti ini, dan sanggup berbincang dengannya di negara luar. Buat masa ini, ahli-ahli parlimen BN ini tidak boleh diberitahu namanya. Sehingga sidang parlimen berikutnya.

Apa yang boleh kita lihat sekarang, Ego BN hampir pasti diakhiri pada zaman Abdullah. Mungkin inilah Mahathir katakan Paklah memang patut undur demi UMNO dan BN. Baik beliau undur dan serahkan kepada kepimpinan lain. Mahathir sangat mahukan Najib menjadi PM. Kata orang Najib ada 'fair' dengan Dr.M. Itu semua krisis UMNO. Mereka ingat rakyat prihatin dengan UMNO? Rakyat sibuk pasal minyak. Semua pakat nak protes kenaikan minyak ini. Dan Anwar pula buat kenyataan media mengenai pengambil alihan kerajaan September ini. Ini satu sejarah yang bakal dicipta. Selama ini, kita asik belajar tentang UMNO di buku teks sejarah sekolah menengah dan rendah. Kali ini terungkai lah kelemahan UMNO yang sudah tua untuk memimpin negara. Tiba masa untuk perubahan.
Ini, kenyataan Anwar:

08 June 2008

Pegi langat

Jom pegi cendol? Haha.. ingatkan mereka-meraka ni nak ajak keluar makan cendol di maple seperti biasa. Tapi ke lain pulak perginya. Mungkin nak balas dendam. Boring sangat duk rumah tu. Jalan-jalan lah boleh hilang boring tu. Mereka ni adalah apiz and uncle. Kawan sekolah teknik KL dulu. Memang best la jalan aritu (Semalam). Gelak je memanjang. mamat baju biru ni (uncle) memang kuat melawak. Si Drebar (apiz) berbaju maroon ni memang aku slalu lepak ngan dia. Terutamanya bila cendol-menyendol. Lepas je kuar menyendol. Dia bawak kitorang ke satu lokasi yang tak diketahui. Rupa-rupanya dah ke Langat dah kitorang. Lalulah sg.congkak, sg.Lui, Gaban. dan empangan semenyih. Dah nak sempadan N9 dah mamat ni bawak.



Apa lagi, bila dah dkt tempat-tampat menarik mestilah posing amik gambo. Hehehe... Lihat gambo-gambo diatas. yang rupa mcm tasik kenyir itulah empangan semenyih. Empangan yang membekalkan air ke negeri S'gor dan N9 (kata bpk aku lah) Bpk aku jugak kata empangan ni, tak generate kuasa sebab tak terlalu tinggi tempatnya. Hanya depoh simpanan air je. Bpk aku memang tau benda2 ni, die orang SYABAS.

Okla.. anyway journey tu memang besh!!... igt nak mandi je kat sg. tu... tapi kelengkapan tu takda.. takkan nak ber'spender' je hehe (gurau)...

07 June 2008

Jadi Fan BOLA? Ape paedahnya?

Berbaloi ke agaknya jadik Fan sesebuah kelab-kelab bola sepak? Sesetengah berpendapat, jadi fan bola ni apa yang ada? Apa faedah yang boleh didapati? Itulah persoalan yang akan tertanya-tanya oleh seseorang yang tak berapa minat bila bicara Bola. 2 tahun sudah begitulah perasan aku. Aku tengok orang menjerit sana, menjerit sini bila gol. Kadang-kadang ada bergaduh sana-sini bila sesebuah team tu tewas kepada team yang satu lagi. Apa ni semua? Lagi-lagi masa tu nak SPM, Final CHampions League pagi-pagi buta. Mana aku tak meluat bila bising-bising. Ada nak belajar pon tak senang. Haha. Itu lah pemikiran dulu aku yang tak minat bola

Tapi, sekarang lain. Aku mula tengok Liverpool main. Fuh, tertarik gila. Setiap saat permainan tu aku takkan miss. Bagi aku, setiap saat liverpool control bola, diorang boleh score. Ha? Biar betul? Ya.. pasukan Liverpool terkenal dengan Long Range SHooting. Dari tengah padang pon bulih score.
mai aku kasi contoh:



Mcmana? Kagum tak.. Hehe.. tu baru sikit. Baru contoh je!.. Bagi kelab lain pulak, MAN U. Kelab ni memang aku anti sesangat. Mungkin disebabkan memang liverpool (LFC) merupakan musuh ketatnya dan sejak bertahun-tahun tak pernah menang dgn MU walaupun di Home.
Fan Liverpool seluruh dunia dan jugak Fan Liverpool di England memang fanatik. Anfield iaitu homeground Liverpool adalah 'the best atmosphere in europe' Atmosphere tu bermaksud penyokong-penyokong dia yang tak sudah-sudah kasi sokongan. Mereka menyanyi, bagi semangat kat pemain. Tu yang membuatkan aku terpikat kat liverpool. Semua star liverpool ada lagu mereka sendiri. Lagu tema Liverpool 'Youl never walk alone' pun aku hafal. Tapi lagu setiap player aku tak berapa hafal cuma vers chorus tu je laah dpt tangkap.

Kiranya aku dah ada pakej lah nak pegi Anfield. Hehe..
Apa ada pada MU yang dikatakan paling ramai fan tu? Ah.. fan mereka tak loyal. tak setia. Bila menang diagung-agungkan, kalah menyepi atau pindah sokong team lain. Bila menang champions league satu malaysia kecoh. Apa kejadahnya sampai radio-radio terkenal putar lagu diorang. Suruh je fan-fan MU ni nyanyi full vers lagu GLORY-GLORY tu. Ada diorang nak nyanyi? Hapal pon tak.
Chelsea, Arsenal lagi lahh.. kelab tak bersejarah. Piala pun ciput-ciput je. cuma sejak zaman-zaman moden ni je mereka banyak menang. Lagu tema pon takda.
Cuma fan arsenal pun boleh tahan fanatik. Corak permainan mereka cantik. Mereka amalkan short pass yang mengelirukan. Diorang lincah. tapi silap master pass(Fabregas) diorang lembab. bab Defensif memang lemah. tu kelemahan Arsenal Defense diorang sedikit longgar. Attacking memang first class.

Oklah tu saja nak cita pasal jadi fan kelab-kelab bola ni. Harap ada laahh yang nak jadi Fan LFC mcm aku ni.

06 June 2008

PES 6

Cuti-cuti ni memang takda kerja lain selain depan laptop or komputer. Jadi, apa yang aku buat depan komputer tu? Ya, bagi aku kepuasan gamming tu lebih menyeronokkan. Tapi kalau dah 24 jam gamming saja pasti membosankan. Aku pun blogging lah, takpun update saja web-web sedia ada. Sini nak cerita lah apa game yang aku layan ni. PES 6 memang popular di kalangan gamers sepelosok dunia. Bagi genre Bola; FIFA 08, FIFA MANAGER 08, PES 2008 menjadi sasaran gamerz-gamerz. Tapi tak semua laptop/ pc boleh support game-game besar seperti ini. Ia memerlukan spesifikasi komputer yang terbaik untuk gamming seperti RAM yang besar dan Kad Grafik yang baik. Namun komputer aku ini taklah landasan terbaik untuk kaki gamerz. Tapi bolehlah kalau sekadar game-game kecil. Jadi, nak cadangkanlah PES 6 ni tak memerlukan spec komputer yang tinggi untuk menggunakannya. Senang saja, installer dia aku download saja dari torrent. Kemudian lepas install didapati Team Formation dia tak sama dengan formation team-team sekarang dan juga baju / jersey team kelihatan tak menarik, plain je. Player transfer pon tak update semua lama-lama punya pemain. Tapi Kaki-kaki gamerz ni mana bulih duk diam, mereka mencari jalan untuk PES 6 user ni sentiasa canggih dan sedap di main oleh semua pemain dan boleh dikata setaraf dengan game-game spec besar tadi.
Lihat pix diatas, jersey, pemain EPL adalah yang ter'latest' dan setiap perubahan jersey(kit) boleh lah download saja kat mana2 web developer kit ni.
Atas: aku baru je install kit baru liverpool untuk season 08/09. Away kit belum ada lagi di web developer.
Oklah, lainkali aku akan tuto sikit mcamana nak buat/install bendalah ni semua, sekadar intro saja...

Minyak & MPU

Sana minyak, sini minyak. Sampai naik menyampah bila dengar minyak ni. Tapi takda minyak tak bergerak Malaysia! Tapi kenapa kerajaan bersikap begini? Perasaan rakyat sekarang semakin berbuak-buak nak tukar kerajaan. dan merasakan kerugian mereka setelah memangkah DACING yang dikatakan mampu memacu ekonomi negara dengan baik. Sesetengah saja pendapat atau mungkin majlis pengampu umno (MPU) saja bersetuju dengan tindakan kerajaan ini. Dalam bab ampu-mengampu ni pun satu hal. Terutama membabitkan manifesto PKR dalam PRU-12 di Selangor. Kata PKR hendak beri air percuma, cukai kurang, RMseribu utk anak selangor yang akan ke Universiti Julai ini. Saya juga merupakan anak selangor dan akan ke universiti julai nanti tapi rasanya taklayak dapatkan insentif seribu tu.

Ada seorang mamat atau hamba Allah ni membuat laporan polis tentang kerajaan negeri yang tak tunaikan manifesto. Apa kejadahnya tu? Kau ingat kau siapa? Yang peliknya juga, TV3 menyiarkannya. Mamat tu merupakan penganggur dan merupakan bekas penuntut UiTM. Siap di 'interbiu' Tv3 lagi. Meluat saya melihat mamat tersebut. Dan kali ini, kenapa mamat tersebut tak muncul di tv3 dan buat laporan polis mengenai kenaikan petrol ni? bukankah ini manifesto BN yang katanya taknak naikkan harga minyak?

Cerita pasal MPU tu memang cukup meloyakan dan memualkan. Tak sudah-sudah nak burukkan kerajaan pakatan rakyat. Jadi, persoalanya adakah jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, dan masalah petrol ni akan selesai? Moh kita lihat harga-harga minyak di pasaran

Venezuela RM0.16
Turkmenistan RM0.25
Nigeria RM0.32
Iran RM0.35
Arab saudi RM0.38
Kuwait RM0.67
Qatar RM0.68
Bahrain RM0.87
Mesir RM1.03
UAE RM1.19
Brunei RM1.25
MALAYSIA RM2.70

semua ni negara2 pengeluar minyak utama dunia. apa dah jadi dengan kita? apa guna petronas duk untung berjuta-juta tapi rakyat sengsara? ni asik banding ngan singapore je... memang sempit betul lahh....

05 June 2008

Kembali Blogging

Saya rasa, perlu saya ke dunia blogging ni kembali setelah sekian lama 'sepi tanpa bunyi' kata orang. Menurut statistik, Rakyat malaysia menjadikan internet sebagai media alternatif mereka sama ada bidang hiburan, sukan, dan sedang hangat kini, bidang politik. Namun saya bukanlah nak ambil pendekatan nak Berpolitik disini, namun hanya ingin meluahkan isi hati sahaja. Lagipun itu sebenarnya fungsi Blog, dimana penulis atau blogger ni bebas berkarya dan mengutarakan pendapat masing-masing tentang sesuatu perkara. Jadi tak hairanlah blog sangat berperanan besar dalam pemikiran budaya masyarakat kini.

Buat masa ni, saya akan mencari rakan-rakan bloggers yang merupakan kenalan saya di sekolah mahupun di Kolej.
Menurut posting saya yang sudah (archieve post) banyak ditulis dalam bahasa yang kurang elok bagi penulisan. Kali ini, saya rasa ingin tampil lebih matang sebagai seorang blogger. Kepada rakan-rakan blogger yang mengenali diri ini, bolehlah bertukar-tukar link ya.