Bezanya Anwar dan Mahathir
Salam kawan-kawanku sekalian. Dulunya, aku bukan suka politik. Bile belek surat kabo, bahagian sukan pandangan pertamaku. Kalau tak ada cerita sukan yang menarik, terus tak jadi aku beli surat khabar tu. Kadang-kadang cerita artis ni menarik jugak. Tu pemikiran lama aku. Sekarang, baru aku paham kenapa muka depan akhbar dipaparkan cerita-cerita politik terbaru. Semua gara-gara Tsunami politik 8 Mac yang lepas. Sebelum ini, siapa menteri, siapa pembangkang, aku tak heran. Aku tau, BN akan perintah negara sampai kiamat. Dulu-dulu kes 98 (anwar kene pecat) aku macam dah meluat. Kesian pon ada kat Anwar. Tapi aku sekali lagi tak heran. Bukannya susah hidup aku kalau tak tau cerita tu.
Tu dulu, sekarang banyak dah aku analisis dan selidik politik tanah air. Kebangkitan tokoh Reformasi, Anwar Ibrahim membuatkan aku tertarik kepada politik. Sungguh menarik. Lagi best ceritanya dari sukan seperti bola dan lain-lain. Pihak pembangkang, attack kerajaan. Bile kerajaan tercabar, mulalah lakukan kontroversi. Pening juga layan politik ni. Tapi itulah hakikatnya politik di negara kita.
Posting kali ini, aku nak kongsi satu video juga dari sdr.hanief. Banyak video telah di edit beliau untuk dedahkan hakikat sebenar cerita politik kita yang diselewengkan media perdana. Mana lagi pembangkang nak bersuara kalau bukan di YouTube dan laman Blog. Demokrasi kita tak seperti di negara luar. Segala-galanya ditindas untuk kepentingan kerajaan.
Banyak jugak perkara yang aku nak luahkan, terutamanya soal MELAYU. Aku melayu jugak. Takkan tak sayang melayu. Aku sanjung tokoh-tokoh yang menyelamatkan maruah bangsa melayu kita. Tokoh-tokoh tersebut adalah di kalangan UMNO sendiri. Macam mana mereka bertungkus lumus memartabatkan orang Melayu. Kata Tun Mahathir "Kalau dulu kita dijajah, kita panggil pegawai British 'tuan', kenapa tak kita orang Melayu dipanggil 'tuan' juga." Ni pula kata-kata Anwar "Saya nak cakap kepada orang Melayu,Cina,India. Saya tak akan berganjak daripada mempertahankan kepentingan orang-orang melayu. Saya akan angkat orang Melayu, saya tak akan khianat orang Cina, India kerana mereka Rakyat saya."
Nah, aku paparkan video ini.
Isu UiTM memang aku nak kupaskan. Aku sendiri dah pergi UiTM dan lihat macam mana keadaan di sana dibandingkan dengan Universiti lain di Malaysia. Aku bukanlah mahasiswa UiTM. Tapi, banyak perkara yang nak aku suarakan untuk semua mahasiswa umumnya.
0 comments :
Post a Comment