FA cup , Piala FA
Piala FA Malaysia tak se'gah' di England. Di mana, FA Cup England adalah kejohanan tertua dunia, nak dibanding FA Malaysia yang masih muda ( Sekitar 90-an kalau tak silap) Tapi, yang menarik di Malaysia, pertandingan dah sampai separuh akhir. Manakala di England, masih di peringkat suku akhir di mana MANURE dan CHELS*** dah tempah tiket ke suku akhir.
Namun, aku mahu ketengahkan sikit FA cup Malaysia.
TM Piala FA pusingan suku akhir baru-baru ini berlangsung.
Yang menarik, tahun ini big baru dah muncul iaitu red worrior yangbakal menyaing hebat red giant. Kalau dulu sang kenari dan seladang. 2-2 binatang ini dah hilang sengatnya. Sang kenari patah sayap, sang seladang patah pulak tanduknya. Kedua-dua pasukan ini gagal mara ke separuh akhir. Dominasi Red' kali ini bakal menyinari dunia bola tanah air. Seperti mana kita lihat di eropah bila sang syaitoni rajim merah dan sang bangau merah tampak dominasi di selang-selang si meriam merah (kadang-kadang). Berbalik kepada TM Piala FA, Pasukan Selangor, Red Giant yang merupakan lagenda bolasepak tanah air bakal membuat perhitungan dengan negeri kerdil dari utara, Perlis. Manakala Red worrior dari pantai timur bakal menanti Jang Nogoghi di stadium keramat mereka yang banyak cetus kontroversi.
Namun, cerita pasal kontro-versi memang biasa di Malaysia. Lagi-lagi bila bab si penyokong. Fanatik mereka lagi-lagi soal kenegerian memang tak pernah luntur.
Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Perlis antara penyokong kuat bola kini. Mungkin N9, Ganu dan Pahang boleh turut tersenarai.
Namun, begitu jugak dengan gua.. dulu kini, selamanya SFC FAN...
S'gor DE...
Layan ini lague..
0 comments :
Post a Comment