20 April 2009

Nga Kor Ming baca lagi..

Lama tak berkisar mengenai politik, ini ada sedikit 'update' berkenaan isu seorang bukan islam, seorang bangsa cina yang dengan selambanya membaca ayat Al-Quran. Al maklumlah, saya bukanlah cukup ilmu di dada, untuk meletakkan hukum mengenai ahli parlimen Taiping ini. Tapi, sebagai orang Islam, tidakkah ia baik untuk di kaji oleh orang bukan IslaM? Isu ini dipolitikuskan lagi oleh pihak tertentu. Pihak tertentu yang saya maksudkan adalah pihak media arus perdana, yang terus memburukkan nama beliau, diikuti beberapa siri laporan polis terhadap 'penghinaan islam'. Entahlah, agaknya laporan polis itu dibuat bagi tujuan saudara Nga ini dilingkupkan dalam penjara, atau di ISA kan supaya tiada lagi orang bukan islam membaca Al-Quran.

Bukanlah diri ini terlalu mengagungkan DAP dan sebagainya. tak kiralah, orang itu MCA ke, MIC ke... atau UMNO ke... tapi, ia tidak menjadi kesalahan untuk orang bukan islam mengkaji, malah membacanya bagi menghayati isi kandungan Al-Quran itu sendiri. Namun, persepsi negatif ditimbulkan sana sini, yang Nga mentertawakan ayat suci, dan seterusnya mengatakan Nga yang tak tahu membacanya cuba membacanya walaupun pelat cinanya masih melekat, sampai satu apa pun tak membawa maksud apa-apa.

Sedarlah, Nga itu bukanlah pure orang arab, pure orang melayu yang sejak kecil diajar, diasuh untuk membaca al-quran. Ada ke dia belajar Iqra' 1 sampai 6 macam kita kecil-kecil dahulu? Itu pun, tak kerana paksaan, dan dorongan Al-Quran kita tinggalkan. Begitulah juga diri ini, yang kurang membacanya tatkala tiada paksaan dan dorongan untuk membaca ayat suci ini. Na'uzubillah..

Dan, anda teliti semula video-video dirakam oleh Malaysiakini, bagaimana dia cuba meyakinkan orang ramai, bukanlah tujuan dia untuk menghina Al-quran semata-mata. Beliau cuba menyelitkan beberapa dalil seperti kezaliman dalam ucapannya. Takkanlah dia nak baca kitab budha, kitab injil pula dekat hadirin yang mejoritinya berkupiah putih?

Marilah kita memartabatkan Al-quran.. sesungguhnya kitab ini lah akan kekal kandungannya hingga hari qiamat kelak.



0 comments :