12 May 2009

Hasrat Tevez ke Liverpool


Bersediakah Fergusan melepaskan penyerang 5 bintangnya ke kelab yang disayangi peminat MU, Liverpool? Bersediakah pula Benitez menyediakan 25-30 juta bagi rekod perpindahan Liverpool? Gosip perpindahan yang pada mulanya macam cakap kosong, dikatakan semakin serius mutakhir ini. United, dalam rekod rivalry nya dengan kelab besar Marseyside, tidak pernah membuat perpindahan diantara kedua-dua kelab ini. 2 Musim sudah, perpindahan Heinze digagalkan Fergie di saat akhir. Liverpool, hampir sahaja mendapatkan khidmat bek-kiri lingkungan 30-an itu. Tetapi, Real pantas mendapatkannya menerusi perpindahan yang tidak dinyatakan harganya. Liverpool yang ketika itu bergelut untuk posisi tersebut yang sekadar diisi Riise dan Aurelio yang sering bergelut kecederaan.

Namun, dek ketika Liverpool kini terdesak mencari penyerang kedua, selepas perpindahan membazir dibuat Rafa; Keane yang pulang ke Spurs semula bakal mendapat khidmat Tevez pula. Liverpool kini mula membina empayar Argentina pula setelah kedua-dua pemainnya; Masherano dan Insua menunjukkan prestasi memberangsangkan di kelab.

Bersedia atau tidak, pelepasan Tevez yang kini dalam pinjaman 2 tahun dari agen bebas. United mempunyai 2 pilihan sama ada membida dan menandatangani kontrak tevez atau Tevez menolaknya untuk perpindahan. Sebelum ini, Tevez membuat laporan media, dia mahu berpindah tetapi bukan di luar England. Pastinya Liverpool kelab pertama dikaitkan sebelum Manchester City. Keluarga Tevez juga dilaporkan, tidak menjadi masalah jika dia berpindah ke Marseyside, dan jika dia ke Sepanyol mungkin menjadi masalah.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana spekulasi ini. Jika board Liverpool katakan 'YA'. Pastinya barisan serangan kita merupakan terbaik di dunia. Gerrard+Torres+Tevez.

0 comments :