Showing posts with label aku cedera. Show all posts
Showing posts with label aku cedera. Show all posts

15 December 2008

Sesudah sebulan

Rabu, (19Nov-08) Tepat pukul 2.00 pm aku diusung menuju ke bilik Pembedahan or, Operation Thetre (btol ke eja ni)... Pelbagai perasaan bercampur baur di benak fikiranku.. Aku kuatkan diri utk menghadapi semuanya dengan Redha..

Sesudah aku tiba di bilik 'seram' nih, Aku ditusuk sana sini. Aku disapa seorang Doctor, tak ingat namanya, dan menperkenalkan dirinya sebagai pakar bius.. Ditanya nama, adikberadik dan seluruh latar belakangku.. Beliau tusuk jarum ke tangan kanan aku.. Cobaan pertamanya gagal. Katanya lubang tak masuk betul. Maka, ditusuknya untuk kali kedua. Alhamdulillah, menjadi..
Beliau ambik sedikit beberapa titik darah sebagai simpanannya incase aku kehilangan byk darah semasa operation..

Beberapa minit kemudian.. Ada dalam 2 orang suster (Nurse) menyusung troli katil ke dalam operation theathre... Aku disapa dengan Doctor pakar yang akan mengerjakan aku.. Gayanya bersahaja.. Rasa cuak hilang sejenak.. Setelah dia menyapa, dia mula fokus, tah apa dia belek pada skrin putih dengan scan MRI lututku di sisinya...
Sedang asik aku bermenung, aku tersentak.. Doktor bius tadi muncul kembali... Dia ajak borak lagi.. tapi kali ini nadanya macam pilu sikit.
"Hanif kita nak tidurkan.. selawat ya.. mengucap.. ingat Allah"
"... Dlm hati: Ashhhadu... "

Kata doctor tu lagi "Ok Hanif, sekarang Doctor bagi Oksigen, takda apa-apa.. " Sambil menyumbat sesuatu ke mukaku...

"OK, hanif,.. Dr. nak inject bius... Selawat... Mengucap byk2... "

Lalu.. aku pon melayang tahh ke mana...
...
...

...
Zup..zap...zup..zap...
pejam celik
benda tu dah sebulan berlalu..
Aku dah mula nak jalan cam biasa... mcm org normal gak..
Tapi setelah sbulan tu EXERSICE nye hebatt..
tak macam exersice ringan yg aku buat slama nih...

Pastuh mulai harini (tadi) sampaaaaai aku masuk kolej...
hari-hari kene gerak Hospital tuh..
kene wat exersice ar.. spy leh jalan balek ble balik Melaka kang...
yg sakit nye 'hari-hari'
sekbaik ada insuran...
wokehh geng.. can cin cau..

doakn aku smua..

Klik sini.. koleksi cerita 'Aku cedera' kalau tak tau apa jadi kat aku...

08 October 2008

Sleepy week. So bored..

Boring life without friends. Friends can give everything to us. Either happy, illness, and sad. They are with us. Still remembering about last couple weeks when I play Futsal with them even in a late night where everyone sleeps and 'qiamullail' on that 7 days before Raya. 7 days before Raya, we call 'lailatul qadr night' is waiting by all Muslim all over the world when we pray and get some wish, which is that night all, our prays is like a thousand of month praying. And I just wasting that moment with playing Football?? Huh... Is it possible?

Agh.. It's all past. I have learned from that.

This weeks, I pay from that wasting time by not doing anything at home. Watching, Eating, Sleeping. That was my routine everyday. Make me become Fatty. Huh.

But, besides doing that 3 job that i've listed. Phisioteraphy is one of my routine, for about 1 times for couple days. In, Monday, today and maybe tomorrow. I get lite exersice on my right legs, to strenghten my legs back to normal. I can't straight my legs becouse of no supports of ACL again becouse of that torn. So, the exersice will get the other supports from other muscle such; hamstring(muscle in thighs)

some of the equipment used at the phisioteraphy.Look at the nurse... ponteng ye?? hahaa.

Finally, i can walk normally. But not as normally walk. I need support, and my knee does not stable as usual. Sometimes I feel like to fall.

Insya-Allah, after the final examination. I do some little operation by inserting scope inside my knee. Pray for me oke!..

Salam..

01 October 2008

raya yang suram, kerana ACL... Agh.. aku injured.....

Malam raya, aku rasa bosa, sunyi. Kenapa? Aku takleh tido. Sekarang jam 2.00 pagi. Entah kenapa kepala ni rungsing memikirkan sesuatu. Sedang aku belek-belek Internet teringat kata-kata Dr.Surendra, pakar tulang KPJ, tentang kecederaan popular Micheal Owen, World cup 2006.

Masihkah korang ingat Piala Dunia 2006, kat Jerman masa tu Italy kalahkan france (Final). Masa tu tragedi Zidane menandok Materazzi.
Tapi ada lagi satu tragedi malang menimpa England, Bila penyerang utamanya cedera di awal permainan. Masa tu, apa aku kisah tentang kecederaan Owen. Memang dah lumrah bila pemain bola cedera. Tapi, bila aku tengok balik kecederaan beliau, ngeri jugak.
Nah, sebelumm korang baca posting aku ni byk2, aku sajikan sikit macam mana Owen yang lututnya 'terplek ot' Sedangkan takda siapa yang 'tackle, langgar dia masih dok gelecek bola.
Aku rasa, bagi yang kurang berani, elok jangan di'play' video nih.


Jadi, owen disahkan oleh pakar physio England yang dia cedera di Lutut kanan. Tapi masa tu, takbleh buat conclusion apa problemnya. Yang pasti, problem dekat lutut. Sama ada tisu koyak, otot koyak, ligamen koyak, belum diputuskan. Hanya MRI je boleh tentukan.
MRI- sejenis mesin pengimbas yang detail nya lagi mendalam berbanding X-RAY

Setelah Owen diterbangkan ke satu lokasi, di mana pakar dapat membantu kecederaan beliau. MRI tadi mengesahkan beliau putus ACL.
ACL-Anterior Cruciate Ligament (Sejenis ligamen kat lutut)

Menurut pakar, Owen memerlukan lebih 8 bulan untuk pulih (jangkaan awal)

Erm.. jadi apa kaitannya Owen, ACL ni dengan aku?
Nak dijadikan dan dipendekkan cerita, Seminggu sebelum pulang beraya ke Kajang (umah aku laa) Aku berFUTSAL ngan sahabat se kelas. yakni bdak BMCD. Memang setiap minggu kami berfutsal, at least seminggu sekali. Tak dinafikan kegiatan berfutsal ni memang positif di kalangan remaja kini. Di samping bersosial, aku dapat manfaat dari riadah. Bukan senang nak berpeluh dan mencergaskan badan.

Tapi minggu tu, lebih sikitlah. 2 kali kami berFUTSAL alasannya nak raya, kang cuti tak main... hehe..
Ahad mlm isnin, kami main sejam je..
dan kali keduanya, ialah hari Isnin mlm Selasa.
kali ni hampir satu kelas turun, mulanya, rasa berat gile. tah kenapa letih pulak malam tu,.. nak tido rasanya. Tapi dah member2 desak pulak. Nak-nak aku pon tak puas lagi dok rasmi kasut baru... Adidas-RM199 gak aku bli.. (buat raya skali)

Mulanya, aku main jadik golie. Nak panas badan dlu laa... Sbb sebelum ni, masuk2 jadik striker... Lari dah macam Owen. Hahaha.. pastu Krem (memang padan muke)

So, bile dah bosan jadik keeper. Aku 'sep' member aku ni... aku Plak nak main dok atas. Bawak, punye bawak, gelecek punye gelecek.. Aku pon laju semacam jek, ada plak member blakang body-body aku, tah macam mana sahabat ni tackle kaki aku, dan aku pon jatuh...
dan.... Yang ngerinya.. masa jatuh aku dengar 'Krek' dari arah lutut kanan. Pegh, pening jugak kepala aku time jatuh.. nak pitam pon ada. Bukak mata je, budak2 semua dok kerumun aku... ingat aku Krem macam dlu... rupanya lagi serius... Member yang terlibat dalam perebutan bola tadi nampak cuak. Dia cuba luruskan kaki aku, yang seolah-olah terlipat. aku pun ikut je, aku luruskan kaki pelan-pelan... memang sakit, sakit gila-gila.... bila dah lurus tu... dia suruh aku try bangun pelahan-lahan... aku takleh bangun... beliau pon papah aku untuk bangun... Alhamdulilah (dlm hatiku) aku harap, cuma cedera sikit.. aku try berjalan-jalan.. nampak OK, cuma takbleh lurus sangat kakinya..

Akhirnya, aku decide aku nak stop... dok tepi dulu. Ada pulak member yang belikan AIS. Nak redakan lutut aku yang bengkak..

Aku stop situ dlu utk cerita di tempat kejadian..

Esoknya, bapaku datang.. katanya kerja separuh hari... bergegas beliau ke Melaka.

Esoknya lagi, RABU.
Aku dirujuk jumpa dokter pakar kat KPJ, Kajang. Alhamdulilah, aku dapat rawatan terbaik dari hospital swasta. Kalu kerajaan tah bila aku dapat jumpa pakar dengan cepatnya. Tu semua ada insuran dari SYABAS.

Hari itu, aku dibawa ambulan ke KL. Nak scan, MRI yang aku cakap tadi..
Petang tu, ambulan tu bawak KPJ kajang semula. Bia doktor Explain apa masalah aku berkenaan keputusan MRI.
Doktor tunjukkan aku satu persatu filem yang dicetak kat KL tadi. Dia cakap darah masih banyak dekat lutut. Dia suggest aku rehat dulu sebelum rawatan lanjut. Darah tu jugak yang menyakitkan lutut bila buat pergerakan. Dia suruh bandage dan tuam dengan Ais.

Dia cakap, injury aku; common untuk sportsman. seperti Football player. Dia cerita sikit Owen pon mengalami kecederaan yg sama masa world cup 06. Aku pon senyum sikit, bila dia samakan aku ngan Owen hahahaha. Owen antara player yg aku minat. Beliau Lagend kat Liverpool.

Jadi, buat masa ini... aku kene redakan bengkak. Bengkak ni merupakan darah-darah yang berkepul di sekeliling tempat cedera. Darah ni yang menyukarkan pergerakan. Bila darah ni dah kurang, jadi bolehlah buat sikit gerakan spt berjalan.

Ok lah, next time aku cerita sikit pasal ACL injury..