08 September 2008

tak 16 september pon takpa..

Tukar kerajaan bukan lah perkara keji. Setiap yang lama mesti kene tukar. Kereta yang umurnya 10 tahun pon dah semput, orang yg umur 50 tahun pon dah uzur, macam-macam lagi benda hidup mahupun tak hidup kat dunia ni perlu ditukar dan diganti. Dalam negara kita ni, ada 2 probability parti untuk memerintah. Kalau dulunya, kita rasa selesa dengan satu parti ini. Pembangunan, kemajuan dikecapi rakyat jelata. Memperjuangkan kemerdekaan, melaksanakan pembangunan, membantu kurang berpendapatan dan lain-lain lagi bentuk keprahitan kerajaan 'dulu'.
Namun, kini semua dah lain. Rasuah, seleweng, dan segala-galanya di depan mata. Media arus perdana terus lempar fitnah yang nyata menipu dah provokasi terhadap parti yang lagi satu. Hentam sana, hentam sini. orang kata ini, dihebahkan benda yang tak betul. Meluat pon ada bila tengok berita sekarang. Perasaan meluat orang ramai menyebabkan perkhidmatan TMNET makin laku, pengguna STREAMYX bertambah setiap hari. Tapi, khidmatnya taklah hebat mana. Orang ramai mula baca media alternatif, yang dikatakan lebih telus dan terus membongkarkan 'silap' kerajaan. Apa yang dibaca di internet, lain yang dihebah di Buletin Utama mahupun Utusan.

Jadi, apa lah salahnya tukar kerajaan. Tertarik juga aku dengan pantun mufti perlis. Tujuannya ikhlas bukan untuk dituju kepada parti memerintah sahaja bahkan, dituju kepada semua golongan. Mengingatkan sesuatu yang lama perlu diganti, dan yang paling penting adalah perubahan adalah untuk kebaikan.
Hari ini, aku tertarik dengan blog kerajaan rakyat bertajuk "Renungan Sebelum UMNO Tumpas 16 Sept Ini". Itu yang aku tekankan pada tajuk, bila tarikhnya pon, benda yang baik harus diganti. Namun, setelah 51 tahun pimpinan UMNO dan BN nyata tak releven kini. Dulu lain, sekarang lain. Rasuah dan selewengan makin jelas. mungkin perlu aku 'highlight'kan sikit dari artikel blog tadi.

Kepada kerajaan UMNO/BN tolong dengarlah rintihan kami dan insafilah.

Kami tidak berniat sama sekali untuk menghasut sesiapa, tetapi kami berusaha untuk memahamkan sesama kami bahawa kami sebagai rakyat selama ini telah dibohongi dan ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional. Justeru jangan salah sangka atau cuba-cuba menuduh kami menghasut rakyat.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita renungkan bersama pengkhianatan yang telah dilakukan oleh UMNO kepada kita selama 51 tahun pentadbirannya.

Kerajaan UMNO/ Barisan Nasional yang selama ini telah banyak menipu dan merompak hak dan harta rakyat, insyaALLAH akan ditumbangkan. Minta tolong fahamkan kepada atuk, nenek, pak cik, mak cik, abang, kakak, adik, ipar duai, saudara-mara, sahabat-handai, kawan dan kenalan serta jiran semua kenapa kita sebagai rakyat Malaysia mesti tumbangkan kerajaan Barisan Nasional ini.

Beberapa fakta setelah 51 tahun merdeka

  1. UMNO gagal memerdekakan rakyat.
  2. UMNO telah melahirkan Bangsa Malayu yang rendah moralnya
  3. Dasar Ekonomi Baru gagal kerana penyelewengan pemimpin UMNO
  4. Pemerintahan UMNO/BN mengamalkan pendakwaan terpilih
  5. Rasuah berleluasa dikalangan pemimpin UMNO
  6. UMNO/BN cuai dalam mengendalikan amanah rakyat
  7. Ketelusan sistem pilihanraya telah dicemari oleh UMNO
  8. Wang rakyat telah disalahgunakan oleh kerajaan UMNO/BN
  9. Harta rakyat dibuat macam hak bapak mereka oleh pemimpin UMNO
  10. Perangai ramai pemimpin UMNO macam iblis
  11. UMNO terutama presidennya hanya suka berfoya-foya
  12. Presiden dan ramai pemimpin UMNO buruk dan hina perangainya
  13. Badan penguatkuasa disalahgunakan dan tidak berhemah
  14. System perundangan dicemari oleh rasuah dan tipu daya.
  15. System pendidikan dan kesihatan membebankan rakyat

Kami hanya menyenaraikan tidak sampai 1 peratus daripada kecelakaan yang telah diamalkan oleh kerajaan UMNO/BN. Anda senaraikan yang selebihnya dan tolong sebarkan dan fahamkan kepada semua rakyat.

Kalau ada orang cakap UMNO itu 50% betul,
maka kepala hotak orang itu 50% tak betul.

Kalau ada orang cakap UMNO itu 100% betul,
maka kepala hotak orang itu 100% tak betul.

Kalau ada orang cakap UMNO itu 100% tak betul,
maka kepala hotak orang itu 100% betul.

Ingat selagi UMNO / BN tidak ditumbangkan selagi itulah penyelewengan, penipuan dan kurapsi akan terus bermaharajalela di negara kita yang tercinta ini.

Kepada Datuk Seri Abdullah Badawi, saya doakan semoga pabila kerajaan Barisan Nasional tumbang kelak maka dapatlah Datuk Seri lebihkan masa untuk tidur lena dan insyaALLAH hidup aman damai sambil bermesra bersama isteri tercinta. Salam saya buat Datuk Seri dan Datin Seri Jeanne.



Hmm.. renung-renungkanlah, ini hanya pendapat aku saje. Aku sayang Malaysiaku...

0 comments :