09 September 2008

risau bala Allah di bulan ramdhan ni..

Di kala seluruh umat islam selesa beribadat kepada Allah S.W.T, segala ibadat digandakan ganjarannya, diberkati segala amalan dan perlakuan umatNya, Nakkah kita hidup kucar-kacir di tanah air sendiri ? Keamanan dikecapi selama ini. Syukurlah dengan nikmat melimpah ruah yang telah Allah kurniakan kepada umatNya di negara kita ini. Selama aku hidup kat bumi bertuah ni, takda lagi pertumpahan darah, bencana yang mengorban nyawa dan macam-macam lagi. Bandinglah dengan bala Allah dari negara saudara kita di Indonesia, timur tengah dan banyak lagi.

Pernah suatu kisah di mana Allah hendak menurunkan balanya kepada suatu kaum. Apabila malaikat sampai ke kawasan itu mereka kembali semula berjumpa Allah dan berkata. Ya Allah bagaimanakah kami hendak menurunkan bala sedangkan ada hamba mu sedang beribadat di dalam masjid?. Allah berkata maka turunkanlah bala itu ke masjid itu dahulu kerana orang-orang itu telah mengambil sikap berdiam diri dan tidak membetulkan kesalahan orang lain sedangkan mereka itu berilmu!.

Hendak dijadikan skop cerita, aku risau dengan keadaan semasa yang makin runcing dan merisaukan. Ini kisah rasicm, atau perkauman yang dibangkitkan oleh pemimpin kita. Aku taknak perkara lama diungkit dan terjadi kembali. Kita mahu keamanan dan tak mau huru-hara ini bakal terjadi lagi. Sebagai anak Malaysia, aku meluat melihat telatah pemimpin UMNO di Penang yang membangkitkan perkauman. Sampai koyak gambar pemimpin cina. Apa kejadahnya berjuang untuk melayu? Kalau Islam menjadi taruhan mungkin kami boleh bangkit berjuang. Tapi, selagi Islam kita tak terancam buat apa kita nak cari gaduh dengan yang lain?

Isu pertikaman lidah pemimpin $$$ ini nyata menaikkan semangat perkauman. Aku tak taulah kalau-kalau orang melayu rasa tercabar. Aku? memang tak tergugat dengan pertikaman lidah ni. Dan aku yakin ramai orang melayu lain tak heran langsung isu ni. Buat apa dok pertahan orang Melayu? Baik dok tahan Islam kita yang dok sengsara di bumi sendiri seperti di Palestin sana. Alahai, marilah semua rakyat Malaysia, kita nasihatkan kawan dan muhasabah diri kita sendiri. Janganlah memfitnah, sumpah sana sini dan bangkit isu ini. Tak payah dok pertahan bangsa sendiri sampai sanggup menggadai keamanan yang kita kecapi selama ini. Isu ni tak boleh dibuat main, laknat Allah tak kenal siapa. Bahkan kalau Dia mahu Malaysia ni tenggelam, tenggelamlah jadinya. Nauzubillah himin Zalik...


Aku view kan sikit apa sebenarnya isu yang bangkit dari malaysianews. thanx again to hanief.blogspot and AIM9093.blogspot

0 comments :