16 January 2009

Benayoun: boikot atau tidak?



Kecoh seluruh dunia berkenaan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Seluruh dunia tak kira bangsa, agama semuanya bersatu menentang kezaliman Zionis terhadap Palestin yang tak berdosa. Pelbagai langkah yang dicadangkan agar kezaliman ini dihentikan segera. Malaysia salah sebuah negara paling keras mengecam kezaliman zionis walaupun sekadar mampu bersuara. Selain itu, pelbagai produk keluaran Israel di BOIKOT dari terus dibeli rakyat Malaysia yang bersimpati dengan penduduk Palestin. Saya turut mengecam tindakan zalim seperti ini. Mana-mana restoran FastFood yang dalangnya adalah Israel, pastinya diboikot. Tak kiralah, asal pemiliknya Berketurunan Yahudi juga turut tersenarai dalam list memboikot produk tersebut.

Dunia bola juga tak sepi dari terlibat dari isu tersebut. Frederic Kanoute, penyerang Sevilla turut mencetuskan kontroversi setelah mendedahkan baju dalamnya yang tertulis Palestine menunjukkan sokongannya terhadap perjuangan rakyat Palestine. Banyak kecaman dari pelbagai pihak di Sepanyol, dan akhirnya dia didenda sejumlah wang berikutan tindakannya.
Arsenal dan Man United juga tak ketinggalan, pemilik kedua-dua pasukan ini juga turut dikatakan mempunyai kaitan dengan Yahudi dan lebih jelas lagi, kelab Arsenal banyak memberi peruntukan kepada negara Yahudi itu.

Liverpool juga mempunyai pemain Israel. Yossi benayoun merupakan bintang Israel paling menyinar ketika ini. Kapten Israel ini pastinya menerima kecaman hebat dari peminat yang amat anti kepada Israel. Namun, bagi peminat Liverpool pastinya keliru dengan isu ini. begitu juga peminat Gunners yang kini sangsi adakah sokongan mereka selama ini berpihak untuk Israel? Banyak pendapat bagi kes ini. Kanoute baru-baru ini disaman ekoran tindakannya menunjukkan sokongannya terhadap Palestine. Pastinya denda itu, menjadi pengajaran buat pemain lain agar lebih berhati-hati dengan isu itu. Bagi saya pula, tindakan Kanoute memang patut berikutan sikapnya yang prihatin terhadap kezaliman yang ditimpa penduduk Palestin yang tak berdosa. Namun, apakan daya Bola Sepak bukanlah tempat untuk beliau bertindak demikian rupa. FIFA amat tegas dengan racism atau perkauman. Setiap iklannya sebelum bermulanya setiap perlawanan antarabangsa, Racism patut diketepikan ketika setiap pemain berada di atas padang.

Isu Benayoun tadi, tak perlulah dibimbangkan selagi Benayoun tak menunjukkan kezalimannya seperti zionis di atas padang. Di atas semangat kesukanan, isu-isu seperti ini boleh diketepikan. Harus diingat juga, kita sebenarnya membantah tindakan regim Yahudi yang mengamalkan Zionisme di mana mereka mahu menyingkir Palestin dari bumi mereka 'kononnya'. Tidak semua juga Yahudi itu zalim sperti Zionis, ada juga Yahudi itu Islam yang juga mengutuk kekejaman kerajaan mereka sendiri. Fikirlah secara rasional dalam tindakan seperti ini. Yang pasti, jika setiap sokongan kita itu membawa keuntungan buat regim zionis yang zalim itu, hentikan saja sokongan itu.

Jika benar Arsenal banyak sumbangannya untuk Zionis, hentikan menyalur kewangan untuk kelab itu. Tapi, jika sokongan atas dasar semangat kesukanan, apa salahnya?

United yang ghairah, sebenarnya cuak!

Perang saraf terbaru makin memuncak gamaknya. Kali ini, Fergie menjadikan Rafa sebagai mangsa 'bambunya' apabila Liverpool dilihat pencabar paling ditakuti Pasukan Syaitan merah ini untuk menggapai Liga perdana sekali lagi musim ini. Kalau dahulu, Rafa mungkin jarang menjadi mangsa herdikan peminat United dan sekutu besarnya, Fergie. Kini, mana-mana peminat United semakin ghairah mempersoalkan kejuaraan kali ini makin cerah milik mereka. Rafa, tak diam diri, walaupun United dan Fergie terkenal dengan 'kebal'nya di England..

Bukan mudah untuk Rafa turut bercakaran dengan lelaki tua ini. Ferguson merupakan pengurus kelab terlama dan ter'hebat' di England dan UK. Namun, 'kebal'nya itu juga menjadikan beliau terus kekal di United. Baru-baru ini juga Torres yang terkenal dengan sikap rendah dirinya meninggikan kebolehan United bakal memenangi kejuaraaan, dan harapanya agar penentuan juara nanti bakal ditentukan di Old Trafford. Kempen menghormati pengadil juga telah dilanggar kebanyakan pemain Syaitan merah ini juga selain dengan selamba Fergie mengkritik pengadil di media. Namun, United yang ghairah bersama peminatnya untuk kembali ke persada liga buat kali pertama musim ini setelah Chelsea-Liverpool yang mendominasi takhta itu sebelum ini.

Perebutan liga kali ini lebih menumpu kepada Liverpool-MU setelah Chelsea sekali lagi tewas kepada saingan big-4. Keghairahan United menjadikan pemain-pemainnya begitu bersemangat menggugat kedudukan Liverpool di puncak liga. Bolton merupakan lawan mereka seterusnya, dan di atas kertas jika United tidak menguasai bahagian tengah, pastinya Bolton mampu sekurang-kurangnya merantai Syaitan merah ini daripada membawa pulang 3 mata. Tumpuan minggu ini pastinya terarah kepada pertembungan Derby ke 180 Marseyside apabila seteru setempat ini bakal berentap di Anfield. Liverpool perlu menang ke atas The Blues agar United terus kempunan menyingkir Liverpool dari puncak liga. Kehadiran semula Torres dan Alonso pasti menggerunkan Everton. Torres sebelum ini telah menjaringkan gol untuk kesemua penampilannya menentang Everton. Sekali lagi, badi golnya menentang Everton bakal berulang di Anfield.

Kembalinya Xabi ke skuad, melegakan Gerrard yang kadang-kadang kurang meyakinkan melihat Lucas dengan hantaran kurang tepatnya. Masch pula sedikit goyah bersama Lucas. Agger pula masih mencari-cari masa depannya di Anfield, setelah agennya yang beria-ia mahu berunding bersama Milan.