Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

17 May 2009

united crowned hatrick bpl title

I dont care about the numbers. The rivalry of pool-united increase, because of frightening United to Liverpool this season. They loosed 2 of 2 to Liverpool this season. The answer the scums gives almost same from their tongue "your double win, does not give the title". Haha.. who cares.. The humiliation at old trafford.. It was Liverpool who beat 'em. Their first club rivals. Maybe the biggest after Marseyside derby and Manchester derby. Yes.. Next season could be more intresting. title drawn to 18-18. But United still seeking 4th in europe.. I bet Barca could overcome them.

27 April 2009

Liverpool-Man United; rating tv malaysia tertinggi - utusan


Nah.. Kejayaan membenam ManChesteruk United meraih populariti tertinggi di Malaysia hasil kajian satu agensi lapor Utusan Malaysia Hari ini. Dipetik seprti di bawah:

Pada Mac sahaja, perlawanan siaran langsung EPL di ESPN dan Star Sports merupakan satu-satunya rancangan yang bukan menggunakan bahasa tempatan yang berada di ranking 100 tertinggi siaran televisyen di Malaysia.

Perlawanan EPL antara Manchester United dan Liverpool 14 Mac lalu menduduki tangga ketiga tertinggi sepanjang tempoh 1 hingga 15 Mac, dengan pencapaian yang memberangsangkan dengan purata 6.6 peratus adalah penonton lelaki berusia 15 tahun ke atas, antara jumlah penonton tertinggi (di antara siaran serantau) iaitu 17.3 peratus ketika waktu perdana. baca lagi...

Di awal musim, statistik di kalangan penonton bolasepak malaysia cenderung mengundi Fernando Torres berbanding Cristiano Ronaldo, manakala Steven Gerrard sedikit mahu memintas Ronaldo di tempat ketiga. Kesimpulan di sini, ramai peminat Liverpool di sebalik batu. Masih berselindung, mereka minat Liverpool. Statistik dah membuktikan..., sebelum ini juga, perlawanan Liverpool-Real Madrid, Liverpool-Arsenal, Liverpool-Man U (Anfield) turut mencipta rating tertinggi kaca tv tempatan. Tahniah, peminat liverpool dah mula membuka empayar di Malaysia.. Kita tinggalkan Man United yang lapuk diminati ramai orang Malaysia..

21 April 2009

No rvp, No Stevie, balance?


remember: Keano score equaliser for us.. ynwa

Pair striker, Robin van persie and Adebayour ruled out for Anfield clash this wednesday morning (Malaysia time), report goal.com. Arsenal may hurt more than Pool in absence of their some key player. Almunia, Gallas, Clichy, Djourou were the players in their treatment room. Plus, the unsure Bacary sagna and Eduardo to slot their first eleven versus their rivals Liverpool at Anfield.

The '2nd leg' EPL match looks easy for Liverpool to overcome boyish Gunnuers with the absence of their key defends player. But it is only on a paper. But, remember, there is no Steven Gerrard for Liverpool. I'm very sure, no reason to drop any point in this match even without our stevie G. Rafa's has his own tactics to overcome our injured captain.
Then i would like to see his best eleven to pressure on Manure, who get kicked by our neighbours, Everton. (it is not a luck, everton deserved it!! )

----------Reina-----------
Arbeloa-Agger-Carra-Insua
-------Mash-Alonso-------
Bennayoun---------Riera
---------Kuyt-----------
---------Torres--------

Yes.. why i choose Riera? He is good pertnership with Insua. Insua very suit with him. A nice overlap plus a superb cross to the head of Torres or Kuyt.
Kuyt? Yes.. he must be in lineup. Wajibb
-remember torres's goal versus chelsea? it's kuyt movement.. very nice
Then plus a clever Bennayoun to broke the sloppy Arsenals defend.

Mash-Alonso, were the perfect man in that position. isn't it?

And Agger... I prefer him, than Skrtel. His attack minded would help torn Fabianski Net. (Fabianski's performance look very poor at the moment)

The score could be 2-0 or 1-0. Mash must jailed Fabregas/ARshavin, to gives Reina another clean sheet.
Remember, he is one away to level Van der sar cleen sheet this season.

18 April 2009

Gerrard sidelined again..

"In the training session before the Champions League game at Chelsea, Steven Gerrard unfortunately aggravated a small strain he had previously suffered in his adductor muscle," confirmed a club spokesman.

"A scan has since confirmed our medical team's initial diagnosis and the player is expected to be out for between seven and ten days.

"In the meantime, Steven will continue to receive intensive treatment on the injury at Melwood."-Lfc.tv
Look like our world best capitain ruled out again..
Benna can take his job again..
Liverpool's is not one men team!.. No gerrard, no torres
we're still in top flight.. proven before..
the strongest chelsea vs bleading liverpool..
we hold them 4-4.. amazing

remember?
At anfield, without torres and Gerrard.
we won 2-1 for mancheshit Unta...
haha..

Gerrard for Milan or Kaka for Anfield?


pic: LiverpoolKita

Rumours spread around the world.
Kaka, who won Fifa player of the year.
Kaka, the Brazilian Super duper stars
want to see him partners with Stevie-G

I've read Beemer-LiverpoolMalaya, and also some locals newspaper..
Goal.com, soccernet.. and other football pundit portal.
Wanted this two super-duper stars join-venture.

Kaka impressed of the English performance at Liverpool
He make the dream become alive to bring title back to Marseyside.
But why dont KAKA join-venture with Stevie-G?
Yes, its possible..
Kaka is not money player
alike ronaldo, robinho and company...
100milion for him? He's not concern..
But he wanted to play with the greatest ever football club..
Recently, Torres hails Serie-A which his own dream to play for that league.
Neither Inter nor Milan. or it could be Juve..
But, Torres heart belong to The fan.
He's becoming lagend at Anfield..
counting for goals and cups..
He never won even a cup at Anfield at the moment.
But, seems a possibility to win an only chance-PremierLeague.

Chelsea, Manure, Arsenal - they still competting in 2 and 3 compettition.
Good luck to them
Bak kata pepatah
"Yg dikendong cicir.. Yang dikejar x dapat"

But, nightmares again for Liverpool Fan, if they fail to kiss the most wanted domestic cup, EPL.

my conclusion:
common KAka, you can be here one day!..

12 April 2009

Bukan gol tapi poin... Tgk lah nanti!!

Man utd tak layak mendabik dada terlalu awal. apa-apa pun, mereka tetap tewas dengan kita di Old Trafford

Akhbar hari ini, banyak memberi pujian melambung buat Liverpool. Pasti, kita semua tersenyum-senyum menghalakan dada akhbar itu kepada fan MU. Tapi, ada saja jawapan dari mereka ini. Yang pasti, pengulas perlawanan Sunderland-Man u, juga turut melontarkan ayat yang sama. "it is not goal to be calculate at the end, but the point!" Itu lah bahan yang boleh menyejukkan hati mereka. Mana taknya, dah berapa perlawanan kebelakangan ini, pesta gol yang diraih Liverpool. Begitu juga 2 big4 lain turut meledak 4 semalam; Arsenal dan Chelsea. Jaringan Macheda untuk 2 perlawanan bagi menyelamatkan 3 mata mereka. Sah, mereka tumpul. itu yang mereka tak boleh mendabik dada.


Menarik lagi mengenai kejuaraan liga, memang semua nantikan perlumbaan Liverpool- Manure. ia tak semeriah Chelsea- MU, dah Arsenal - MU seperti musim sudah.

Sebabnya mudah!, Man U, bakal menyamai rekod 18 juara liga Liverpool jika menang musim ini.


Jika Chelsea berlumba dengan Manure, ia tak semenarik mana.. begitu juga Arsenal. Namun, mungkin lebih menarik jika persaingan piala FA dan piala liga antara Liverpool-Arsenal, ia juga begitu klasik.

Berbalik kepada poin peminat MU tadi, mereka memang berhak berkata begitu, jika perlawanan semalam adalah yang terakhir. tapi hakikatnya belum.

Liverpool, menerjah ke langit bak lirik You'll never walk alone.


Sekali Liverpool mengaum, ia akan terus mengaum. Namun, tidak pula jika Liverpool ketinggalan, pasukan ini telah beberapa kali membuat 'comeback' yang mustahil. Nak saya senaraikan mungkin tak cukup. dari piala FA, piala liga, EPL dan liga juara-juara. Mungkin agak jarang berlaku untuk MAN U musim ini. Hendak diimbas sejarah sudah, pasti 'ada' comeback game untuk MAN U juga.


Pergeseran, pertelingkahan kali ini lebih tertumpu kepada Rafa-Ferguson. Selamba saja Benitez menuduh Fergie pengecut, dan 'cuak' dengan Liverpool. Jawab Fergie pula mudah saja, dia tak mau komen panjang. Ekoran kekalahan teruk 1-4 kepada Benitez baru-baru ini. pastinya faktor menang besar 4-1 liverpool itu menjadi bahan termahal untuk dijual kepada peminat Man Utd.


Tewasnya Liverpool 1-3 di liga juara-juara tak layak disamakan dengan kekalahan 1-4 Man Utd dengan kita. pertahanan kita tak segoyah Vidic, Oshea, Ferdinand dan Evra waktu itu. yang boleh dikatakan 100% kesilapan pertahanan United. Namun, kemenangan Blues 3-1 itu, lebih kepada kebijaksanaan pemain Hiddink yang menghukup kealpaan pemain keseluruhan, ketika setpiece. tambah lagi dengan 2nd leg di Stanford Bridge masih belum berlangsung. Jadi, tak layak untuk peminat Man U menjadikan kekalahan 1-3 sebagai bahan jenaka mereka terhadap fan liverpool. sedangkan, porto juga mempunyai kelebihan 2 gol di tempat lawan.

ynwa.

proud to be Liverpudlian..

05 April 2009

Yoss give it late!..

Post match analysis by me!.. click here

04 April 2009

Tribute to Big-4

Video terrrbaik ! musti tgk..

19 March 2009

Liverpool berhak berlagak!


Pagi ini, pemunat Liverpool di Malaysia disajikan berita menggembirakan setelah bos akhirnya menamatkan spekulasi tentang kontraknya. Dia menandatangani kontrak hingga 2014 yang menyaksikan dia bakal lebih lama untuk memahat nama sebagai pengurus terbaik di Anfield. Namun, tugasnya kini lebih getir. Beliau telah mengemukakan keyakinannya untuk memenangi sembilan baki perlawanan selepas ini.
Baki perlawanan itu adalah seperti berikut:

1.lwn Villa (home)
2.lwn Fulham (away)
3.lwn Blackburn (home)
4.lwn Arsenal (home)
5.lwn Hull (away)

6.lwn Newcastle (home)
7.lwn Westham (away)
8.lwn West brom (away)
9.lwn Spurs (home)

Namun, menurut tajuk. Saya ingin tekankan Liverpool berhak membuat lagaknya sendiri sebagai psikologi terhadap pasukan lawan dan menaikkan moral pemain sendiri. Apa tidaknya, Rafa dengan tenang memenangi kedua-dua perlawanan menentang Chelsea dan MU juga ditempat mereka. Real juga menerima nasib yang sama apabila dibelasah pemain Rafa tanpa balasan satu gol pun dari mereka.

Apa yang diperkatakan media Malaysia, yang sedikit mengaburi peminat Man U bahawa kenyataan Rafa itu 'sombong, bongkak dan berlagak'. Mereka nyata tidak mengalih bahasa dengan baik. Tajuk berita itu seolah-olah Liverpool sajalah pasukan yang kotor, dan bongkak setelah menang besar dengan pasukan kesayangan akhbar berkenaan. Jadi, hati-hati peminat Manchesteruk yang terbakar sebelum ini perlahan-lahan sejuk disimbah air dari penulis akhbar berkenaan. Malam itu, saya sudah baca artikel berkenaan, namun di dalam bahasa Inggeris. Artikel itu mungkin bertajuk 'Rafa in confident mood, Liverpool deserve to be more confident, Liverpool High.. ' dan sebagainya. Namun, mereka menyalah tafsir pula dengan isu 'sombong' itu.

Namun, hakikat sebenar Rafa adalah orang yang paling layak sombong. Dek pencapaian paling memberangsangkan musim ini. Namun, Rafa perlu kerja lebih keras untuk merobek pasukan yang mengamalkan 'bus defend'. Itulah taktik yang tampak berjaya menyekat kemaraan Liverpool sekali gus keputusan seri, sekali lagi menghantui The Reds.
Di bawah ini beberapa artikel 'sombong' Liverpool. Tampak keyakinan tinggi dari para pemain.

Steven Gerrard: Team fears Liverpool now.
Ryan Giggs to consider Liverpool Gerrard and Alonso for PFA award

17 March 2009

Si tamak Real kempunan Gerrard pula!.. alahai..


Mimpi dan mengigau agaknya calon presiden Real madrid, yang meletakkan sasaran utama Steven Gerrard sebagai mangsa mata duitan kali ini. Florentino Perez memang tak sedar-sedar yang kapten berjiwa Liverpool ini bukanlah mata duitan semata-mata untuk menjadi pemain 'galaktikus' yang baru-baru ini di tikuskan Liverpool 5-0 di liga juara-juara. Perez yang mahukan jawatan no.1 Real meletakkan Xabi alonso, Gerrard dan Ronaldo untuk membarisi serangan Real. Namun, hakikatnya dari 3 itu mungkin satu saja terlepas. Walau tinggi mana pun si tikus mahukan khidmat kapten fantastik Liverpool, pasti, pasti dan pasti dia tidak mahu lepaskan Liverpool yang telah dia bawa sedekat ini. Mana tidaknya, pasukan yang dimalukannya sendiri membida untuknya.. Siapa mahu.. sedangkan kelab yang dia main sekarang jauh standartnya dari kelab 'kaya tamak' itu.

Yang pasti, Stevie bukan seperti jiwa-jiwa tamak yang pentingkan duitan dan populariti semata-mata. Tidak seperti Cristiano yang tampak tenggelam dek bencana yang melanda Menchesteruk. Popularitinya semakin menurun. Golnya kini hasil dari penalti dan free kick kangkangnya. Malah, lebih dahsyat apabila tewas besar di Old Trafford dengan seteru utama kelab.

Namun, bagi menguatkan spekulasi perpindahan Gerrard. Media Sepanyol bukalah cerita lama. Usia sama ketika Zidane naik ke Real iaitu pada sekitar 29 tahun, dan memahat nama sebagai lagenda di kelab itu.
Tak cukup kuat lagi, si Xabi yang usianya juga sama seperti Stevie bakal pulang ke negara asalnya bagi menghabiskan sisa usianya sebagai pemain bola.

Mengenai Xabi pula, media tampak pemain ini lebih mudah berbanding kaptenya. Musim panas sudah, Alonso diletakkan dalam senarai transfernya bagi mencukupi bekalan pembelian Barry. Namun, Alonso yang masih kental jiwa 'scousers' nya semakin memahat nama dalam lagenda Liverpool. 'Long range pass', 'long range effort' dan 'long pass' sangat menakjubkan. Statistik di EPL juga banyak membuktikan hantaran tepat beliau. Malah, konsistensinya musim ini membolehkan penguasaan bola di bahagian midfield adalah sangat baik. Gandingannya bersama Masch, dianggap termantap walaupun Alonso kurang dengan kelajuannya, Masch bijak menutup kelemahan itu. dan mungkin angan-angan rafa untuk Barry di posisi itu semakin pudar atau jika berjaya jua Barry ke Liverpool, pasti nama Alonso atau Masch disebut-sebut untuk membuat perpindahan.

Berbalik soal Gerrard, Owen pasti telah memberi inspirasi kepadanya bagaimana zaman kejatuhan striker kelahiran Liverpool itu. Semua peminat nyata kecewa dengan tindakan Owen. Namun, ada pendapat menyatakan hubungan dingin dengan pengurus waktu itu, Rafa mengakibatkan perpindahan ter'bodoh' itu.

Torres yang merupakan bintang Sepanyol, membidas media-media Sepanyol yang Gerrard bukan untuk Real. Katanya lagi, bidaan 80 juta dan 20juta untuk Gerrard dan Alonso tidak masuk akal.
bercakap mengenai keluarga; Torres sangat teruja akan keluarga peminatnya. Tertarik saya untuk kenyataan;
"Mana-mana kelab pun ada lagu untuk nama pemain, dan tiada fan lain didunia ini yang mampu menyanyikan nama pemain sekuat peminat Liverpool. Dan saya tahu hubungannya dengan peminat. Ia bagaikan sebuah keluarga, malah lebih dari itu"
Laungan Steve..Gerrard...Gerrard... dan lagu Liverpool's No.9 sangat kuat kedengaran sebelum, semasa dan tamat perlawanan walaupun di tempat lawan yang stadium berkapasiti besar sekalipun, nyanyian itu masih kuat kedengaran hingga ditangkapi kamera siaran langsung.
Bagitulah hubungan Fan dengan pemain liverpool. Sangat luar biasa.

15 March 2009

How gerrard kiss the camera

This is how he does it on 2nd goal celebration for Liverpool

The 2nd goal : Gerrard


this is the other camera view:

Lagak MANURE akhirnya musnah dan punah!!! rasakan!!

Bagaimana aibnya sesebuah pasukan yang sebelum perlawanan begitu lagak dan sombong. Lagi-lagi bila si tua bangka tu bersuara dia berkeyakinan tinggi dengan barisan termantap nya musim ini setelah barisan serangannya begitu tajam dan fit sepenuhnya.

Lagak MANURE awalnya tampak gah.
Formasi serangan terbaik mereka letakkan, semuanya terlaju dan terpantas.
Booney- Taikvez upfront..
bersama si parking dan rolando di sayap.
Si tinggi carrick dan andiason di tengah. Semua bermain pada tempo yang tinggi sehinggalah berjaya mengumpan Park bagi Reina menjatuhkan beliau untuk sepakan penalti.
Ketika itu, kedai mamak di seluruh malaysia penuh gelak hilai ketawa dek kebolosan awal Liverpool. Semuanya kata title dah komfem milik mereka!. Namun, mereka TAK SEDAR, dengan siapa dia lawan. Taktikal rafa kalini mengatasi si tua fergie... Tempo tinggi MANURE berjaya disekat.. akhirnya serangan bertali arus MANURE dibalas dengan tempo tinggi Liverpool yang berjaya memperdaya si BODOKK VIDIK!!... si botak yang GAH menjaringkan gol menentang INTER, nyata sepeti ayam yang dahagakan DEDAK. Torres mudah memBODY si ayam ini lalu menyempurnakan gol mudah menewaskan Van Mayat sarrrr yang katanya tak pernah BOLOS??? Gol ke-2 hasil silap Evra pulak. General Gerrard tak sia-siakan penaltinya sekaligus mengucup Kamera utk peminat yang dahagakan kemenangan menundukkan ego MANUREEE!!!!...

Dan, tatkala itu, nyanyian Youll never walk alone berkumandang di setiap pelosok OLT TOILET. Nyanyian glory..glory mula sayup. Kalau diteliti dengan baik, anda pasti dengar lagu "Who the fuck are man united". Itu memang famous chant bila MU-Liv.

Dek kesilapan si botak ayam lagi. Beliau di perintah kelua padang.... free kick 'gerrard range' kali ini di sempurnakan Aurelio dan penjaga gol paling kebal di EPL dah gugup. beliau rababun.. sampaikan malas nak dive...

Dah bosan dengan gol 3-1... DOssena melengkapkan lauk hidangan buat FAN LIVERPOOL. Kali nih, 'dessert' beliau meranapkan MANURE yang gah, jika sebelum ini Real pon dia memberi 'dessert' itu.
Lebih MEMALUKAN, MANURE kalah 2 kali di EPL adalah menentang LIVERPOOL. tak kisahlah walau Liverpool gagal membawa trofi.. tapi 4-1 tu kira trofi lagi besar dari EPL!!


You'll never walk alone

Ini report kurang ajar dari aku...
ada report yang agak sopan di My-LFC klik sini

16 January 2009

Benayoun: boikot atau tidak?



Kecoh seluruh dunia berkenaan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Seluruh dunia tak kira bangsa, agama semuanya bersatu menentang kezaliman Zionis terhadap Palestin yang tak berdosa. Pelbagai langkah yang dicadangkan agar kezaliman ini dihentikan segera. Malaysia salah sebuah negara paling keras mengecam kezaliman zionis walaupun sekadar mampu bersuara. Selain itu, pelbagai produk keluaran Israel di BOIKOT dari terus dibeli rakyat Malaysia yang bersimpati dengan penduduk Palestin. Saya turut mengecam tindakan zalim seperti ini. Mana-mana restoran FastFood yang dalangnya adalah Israel, pastinya diboikot. Tak kiralah, asal pemiliknya Berketurunan Yahudi juga turut tersenarai dalam list memboikot produk tersebut.

Dunia bola juga tak sepi dari terlibat dari isu tersebut. Frederic Kanoute, penyerang Sevilla turut mencetuskan kontroversi setelah mendedahkan baju dalamnya yang tertulis Palestine menunjukkan sokongannya terhadap perjuangan rakyat Palestine. Banyak kecaman dari pelbagai pihak di Sepanyol, dan akhirnya dia didenda sejumlah wang berikutan tindakannya.
Arsenal dan Man United juga tak ketinggalan, pemilik kedua-dua pasukan ini juga turut dikatakan mempunyai kaitan dengan Yahudi dan lebih jelas lagi, kelab Arsenal banyak memberi peruntukan kepada negara Yahudi itu.

Liverpool juga mempunyai pemain Israel. Yossi benayoun merupakan bintang Israel paling menyinar ketika ini. Kapten Israel ini pastinya menerima kecaman hebat dari peminat yang amat anti kepada Israel. Namun, bagi peminat Liverpool pastinya keliru dengan isu ini. begitu juga peminat Gunners yang kini sangsi adakah sokongan mereka selama ini berpihak untuk Israel? Banyak pendapat bagi kes ini. Kanoute baru-baru ini disaman ekoran tindakannya menunjukkan sokongannya terhadap Palestine. Pastinya denda itu, menjadi pengajaran buat pemain lain agar lebih berhati-hati dengan isu itu. Bagi saya pula, tindakan Kanoute memang patut berikutan sikapnya yang prihatin terhadap kezaliman yang ditimpa penduduk Palestin yang tak berdosa. Namun, apakan daya Bola Sepak bukanlah tempat untuk beliau bertindak demikian rupa. FIFA amat tegas dengan racism atau perkauman. Setiap iklannya sebelum bermulanya setiap perlawanan antarabangsa, Racism patut diketepikan ketika setiap pemain berada di atas padang.

Isu Benayoun tadi, tak perlulah dibimbangkan selagi Benayoun tak menunjukkan kezalimannya seperti zionis di atas padang. Di atas semangat kesukanan, isu-isu seperti ini boleh diketepikan. Harus diingat juga, kita sebenarnya membantah tindakan regim Yahudi yang mengamalkan Zionisme di mana mereka mahu menyingkir Palestin dari bumi mereka 'kononnya'. Tidak semua juga Yahudi itu zalim sperti Zionis, ada juga Yahudi itu Islam yang juga mengutuk kekejaman kerajaan mereka sendiri. Fikirlah secara rasional dalam tindakan seperti ini. Yang pasti, jika setiap sokongan kita itu membawa keuntungan buat regim zionis yang zalim itu, hentikan saja sokongan itu.

Jika benar Arsenal banyak sumbangannya untuk Zionis, hentikan menyalur kewangan untuk kelab itu. Tapi, jika sokongan atas dasar semangat kesukanan, apa salahnya?

24 December 2008

2009 Big 4

14 December 2008

cerita bola aku dan uncle

| A N e p |:~dgr2 man unta seri lagi
nazzreyn "uncle": hahaha
nazzreyn "uncle": tomtombak hotspurs gempak la skang
nazzreyn "uncle": susah la
| A N e p |: ye la
nazzreyn "uncle": huhu
| A N e p |: Hullsia pon power
| A N e p |: hull=Malaysia
nazzreyn "uncle": HULL tu mmg slalu buat HAL la
nazzreyn "uncle": hahaha
| A N e p |: hahaha..
| A N e p |: mitak2 chelSHIT seri ke... kalah ke..
| A N e p |: main kat stamfod bridge cam bodo sket
nazzreyn "uncle": huhu
nazzreyn "uncle": aku mngharap gak
nazzreyn "uncle": chelsial kene sial mlm nih
| A N e p |: haha... presure lebih laa... nak mng.
| A N e p |: dah tau Man unta seri gak
| A N e p |: arealtv madrid pon kalah ek
nazzreyn "uncle": ade ke real lwn smlm?
| A N e p |: lawan bersihlona plak kan
nazzreyn "uncle": yeke
nazzreyn "uncle": lwn smlm ek??
| A N e p |: ye
| A N e p |: srentak ngan man unta kot
nazzreyn "uncle": laaaa
nazzreyn "uncle": bpe basahlona mng?
| A N e p |: 2-0
| A N e p |: http://www.goal.com/en/news/722/la-liga/2008/12/13/1011139/late-barcelona-show-stuns-real-madrid-in-el-clasico
nazzreyn "uncle": oooo
nazzreyn "uncle": apela juande brambos
nazzreyn "uncle": kui3
| A N e p |: hahaha
| A N e p |: tah bape byk real pnye manager kne pecat
nazzreyn "uncle": real tu bodo
| A N e p |: tgk2 x smpai bape mggu je si brambos tu
nazzreyn "uncle": xpnah nk bg kpercayaan kat manager dorg
| A N e p |: tu la... klh je sack
nazzreyn "uncle": cubela ikut mcm MU ke
nazzreyn "uncle": 22 tahun x tuka manager
nazzreyn "uncle": haha
| A N e p |: haha...
| A N e p |: alex pisang tu nyanyok... pembantu die yg byk susun
nazzreyn "uncle": bnyk la ko
nazzreyn "uncle": hahaha
nazzreyn "uncle": rafa bakbetis tu pon ntah pape jer
nazzreyn "uncle": hahaha
| A N e p |: man unta pon harap kristelo ronaldo je
nazzreyn "uncle": rebana keane tu pon xleh arap
nazzreyn "uncle": beli je mahal
nazzreyn "uncle": baik beli rebana jek
nazzreyn "uncle": kah3
| A N e p |:
| A N e p |: rona roni runi pon tau mkan makaroni je
| A N e p |: pastu nak arap si tua ryan gigi
nazzreyn "uncle": hahhaha
| A N e p |: van mayat sarip igt cekap sgt ke ha?
nazzreyn "uncle": alah
nazzreyn "uncle": black pepper reina tu dah la gmok
nazzreyn "uncle": name plak mcm pompuan
nazzreyn "uncle": kah3
nazzreyn "uncle": dah2
| A N e p |: sibotak rioh ferdindong kurus sgt plak... wan mohd runi tu

*Fan EPL musti faham chat mengarut nih..

08 October 2008

Torres better values than Berb!!


Rafa hails the former athletico captain, Fernando Torres was the best ever signing for Liverpool for the last season summer transfer. I believe all fans will agree with this statement by Rafa recently. 30milions for Berbs (Berbatov laa..) and Robinho?? What a waste... But the big advantages of signing 20m of Torres from Athletico, he is young and passionate to give title back to Anfield for over 19 years. And now, Man United are trying to beat Reds record for the best british football club in europe.

No way united!!... Prove your 30milions signing to break and fear all defenders in premierleague first. Rafa again have proven that all of his signing from spain, have get their place in Liverpool's starting eleven. Meanwhile, Rafa get all the Britain player to his squad. Another 20m signing from Ireland, Robbie Keane have recently shows his best form for the new partnership with no.9 Liverpool, Fernando Torres.

Maybe it is to early to measure the best form of Berb and Robinh in their new team. As Torres in early season, he just score a few goals before Rafa, partnered him with Gerrard. Torres is good in lonely striker last season. Stevie make space for him to score hatrick and doubles for many matches.. EURO 08, Torres was not alone infront. He seems better partnership with someone. David Villa have given 2 goals from Fernando's assist. Recently, Robbie and Torres shows their quality of their partnership.

Keane also make Berbs alive at white hart lane. Keane celebrate his milestone 100th goals for about 5 season debut with spurs. Despite, Keane best performance at Spurs, Berbs also plays a main factor for a mejor wins at Tottenham. He scores plenty of goals and help team to win the Carling cup and have beaten Chelsea at Wembley.

To all Man United fans, they are still waiting Berbs first goal for premierleague. While Keane searching for that also. Torres is the best striker ever, and hopes with Keane as a new striking partner, he can done the best for the club. Good luck Berbs.

Berbs - Berbatov - The new Man U signed striker.

06 October 2008

Kronologi malam ajaib liverpool

Rafa: Harini aku nak tutup mulut kelab kaya nih.. belagak sgt..

Hughes: Weh Rafa.. aku nak gerrard ko.. kang arab tu anto cek.. baik pnye.. ronaldo pon ko bleh beli kang..
Rafa: Weh.. Gerard ko jgn main2... ko nak kasi aku stadium ni pon aku x jual kapten aku tuh..
Ireland: Nah makan ko Reina... apa ke biol punye Arbiola nih.. clear pon tak kena..
Arbeloa: Hantu btol botak nih.. ada je ko kat blakang... igt stevie nak clear tadi..
Robinho: Adei.. asal tak aku je kat blakang tuh.. aku ni bukan murah.. mahai tu...
Ireland: Pegh.. aku dah macam stevie plakk... bangga syut..

Carra: Nah amik obat nih.. bukan calang-calang ko nak one-on-one ngan Reina aku...
Robinho: Brengsekk ko carra... yg ref pahal tak foul plak??

Garrido: Pegh.. swerve plak aku shoot... Reina ni pehal bengap plak takleh tangkap..

Stevie: Adei.. kecoh btol laa... takat swerve tak maen laa.. adehh, koyak net blakang pon aku leh buat..

Kedudukan masa tu: City 2 - 1 LFC
Torres
: Wehh... ko igt ko lawan sape we... LIVERPOOL laaa... silap laa ko City nak buat cam MU..

Zabaleta: Aik.. siyot la ko Alonso.. aritu Cahill harini aku plakk mangsa ko...

Hart: Cett... apahal ko ada dpn aku ni weh...
Torres: Pegh.. dan-dan je aku ada kat sini... mmg cool laa nak tanduk

Yang pasti.. duit tak boleh membeli perasaan ketika ini...

10 lawan 10 pada hujung perlawanan... jadik seimbang untuk kedua-dua pasokan... yang panas nye... fan City bukan bagi tepukan.. di boo nye lagi.. mmg tak berati perut.. nak duit je tau..
Skrtel: Kemon btol... yoyo aku tahan bola.. last-last kaki aku yang berpusing... adehhh sakit do... korang boo pahal
Ya.. Tuhan.. apa benar, terjadi di depan mata nih???

Kuyt@kunyit:Nah amik duit ni.... ini gol untuk fans... ini hadiah korang... Rafa beli aku tak sampai 10 juta... amik ni..amik ni.... korang igt aku takleh score???


Saat paling berharga...
Liverpool King of ComeBack..

03 October 2008

Cerita Agger dah panas..


Centerback muda Liverpool dah jadi topik bualan panas pemerhati bola sepak. Baru-baru ini, Liverpool baru je menawarkan kontrak baru 4 tahun untuk Agger kekal bek kental Kop untuk tempoh yang lebih panjang. Malangnya, masih belum ada respons positif dari pihaknya. Melalui, keengganan Agger untuk menandatangani kontrak baru tersebut, 'rumors' atau melayunya, cerita-cerita belakang mengatakan Agger 'merajuk' dan mahukan dirinya di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan utama Liverpool di EPL mahupun Champions League.
Agger merupakan prospek pertahanan terbaik setakat ini apabila dialah satu-satunya pertahanan Liverpool yang berkeupayaan menyumbangkan gol. Malah, dah dibuktikan sebelum ini, Agger menjaringkan gol penting yang membawa Liverpool ke Final Liga Juara-Juara apabila gol tunggalnya menewaskan Chelsea di Anfield.
Apa yang lagi menghangatkan keadaan kini adalah, Real Madrid yang menyenaraikan Agger dalam Top Transfer List mereka, jika sebelum ini Ronaldo menjadi target utama. Madrid dikatakan terdesak untuk mendapatkan pertahanan di kala pertahanan mereka seperti Pepe mengalami kecederaan berterusan. Sementara usia Cannavaro juga menjadi persoalan. Prospek pertahanan Real disandarkan pada Ramos, tapi dia lebih cemerlang di posisi bek kanan.

Agger menjadi buruan Real, di tambah tekanan yang dihadapi Agger yang kurang mendapat perhatian Rafa dalam pasukannya. musim sudah menyaksikan, Liverpool ketandusan pertahanan tengah setelah Agger sendiri yang cedera berpanjangan sepanjang musim sudah. Pantas, Rafa mendapatkan Skrtel bagi menggantikan tempatnya dan sehingga kini Skrtel mantap bergandingan bersama Carragher.

Agger dah mendapat tempat di hati peminat Liverpool, apabila dia sering menjaringkan gol penting perlawanan. Baru-baru ini, namanya naik hasil jaringan sepakan percumanya yang menghasilkan gol. Abiliti pemain ini juga baik, dan merupakan pemain yang agak lincah berbanding Carragher, Hyypia dan Skrtel dianggap agak perlahan ketika mengejar lawan.

Jika Rafa mengambil keputusan untuk melepaskan Daniel, dia perlu meletakkan harga yang lebih tinggi bagi mencari bek kanan atau wing kanan yang bertaraf 'bintang'. Real pasti terdesak untuk Agger. Mereka pasti meletakkan harga yang cukup tinggi untuknya kerana usianya juga masih muda.

Namun, jika Rafa bertindak menolak pelepasan Agger, ia merupakan prospek yang baik juga. dia layak mengambil alih tempat Carragher yang dikatakan sudah berusia, di samping Hyypia yang dikatakan hanya untuk musim ini.

29 September 2008

Malaysia memang peminat no1 EPL

Aiya.. lama tak sentuh blog... takda mood la kawan... ni aku paste kan tulisan aku dari my-lfc.com

Klik sini utk news asal

Malaysia mencatat jumlah peminat EPL tertinggi di rantau Asia. Statistik ni aku ambil daripada laman rasmi EPL di www.premierleague.com. Budaya menyokong pasukan-pasukan kelab dari England ini, dah jadi trend dan budaya bagi setiap golongan remaja mahupun dewasa. Apa yang dapat kita lihat, peminat bolasepak di Malaysia hampir semua mengarahkan minatnya kepada kelab-kelab besar EPL seperti Man United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Menurut ranking yang dikeluarkan premierleague.com berdasarkan jumlah ahli yang berdaftar untuk permainan fantasy liga, Malaysia berada di kedudukan ke-3 keseluruhan selepas England dan Ireland. aku senaraikan sikit top-10 bilangan user berdaftar mengikut negara.

England - 833k

Ireland - 142k

Malaysia - 86k

Australia - 76k

USA - 51k

Scotland - 47k

Wales - 27k

India - 22k

Northern Ireland - 21k

South Africa - 20k

sumber: Fantasy.premierleague

Jom kita bongkar apa puncanya!!... read more

Kalau korang semua perhatikan kepada top-10 negara-negara yang dalam senarai. Memang terkejut besar bila Malaysia dok tangga 3. Kalaulah ranking ni sama dengan ranking FIFA sekarang, alangkah megahnya Malaysiaku. Dan korang perhatikan lagi senarai 10 negara tu, hampir semua negara tu, ada warganegaranya bermain di liga berkenaan.

1. England- dah tentu melambak, dia punya liga.

2.Ireland, Scotland,Wales, Norhern Ireland dah sebahagian Britain. Tak mustahil diorang minat liga yang sejak 1880-an lagi di layannya...

tapi dalam senarai, Malaysia dan India jek yang dok minat kat EPL walhal takda sorang pon pemainnya ada di EPL.?

Salah satu faktornya mungkin Liga tempatan terlalu bosan nak ditonton. Begitu juga di India, bola diorang pon tak kemana. walaupon rakyatnya berkali-kali ganda rakyat England tapi bola nya tak kemana gak.

Dah jelak,jelik dengan propaganda bolasepak tempatan. Nak kata Asia tak baguih, camna Park Ji sung bleh score lawan Chelsea?? dah jadi first Eleven di EPL. Mungkin kelab-kelab EPL perlu selongkar rakyat-rakyat India dan Malaysia ni. Satu prospek dan keuntungan melipat kali ganda bila ada pemain Malaysia mahupun India main dalam kelab EPL.

Tapi kenapa Korea takda dalam senarai? Jepun? Liga tempatan mereka dah cukup mantap. Aku rasa Urawa Reds tu lawan Liverpool, taktentu Liverpool bleh menang lagi.

Tapi berbalik kepaada prospek pemain malaysia di EPL. Cuba bayangkan kalau sorang Player Malaysia main kesebelasan utama Man United. Berapa banyak syarikat kaya-raya Malaysia nak taja MU?? Entah-entah MAS hanto Fire-Fly je jadik penaja baju Man U. Aku rasa kita semua sama je, cuma pemain Malaysia ni kalau dah membesar di liga sendiri, sah tak kemana. Padang lagi satu faktor, lopak sana sini. Mana tak Scolari berang masa menang 'hanya' 2-0 dengan Malaysia kat stadium Shah Alam.

Budaya 'tengok bola' dah diterap lebih awal kalau kat Malaysia. tapi budaya 'bola sebagai bidang utama' tak diterap lagi. Bola kat Malaysia hanya kerja sampingan je. Agak-agak ada match malam, baru la train siangnya.. kalu takda match, meniaga lah di pasar malam ke... mana-mana..

Aku nak syorkan kat kelab-kelab EPL mai la ramai-ramai datang amik anak-anak Malaysia ke akademi masing-masing. Untung besa wo, kalu pemain Malaysia main team korang. Kalau korang masih ingat, Alex Yoong di Formula-1. Beliau bersama team corot, MINARDI.. berduyun-duyun sponsor Malaysia ditepek kat kereta MINARDI. cuba bayangkan Liverpool sign Safee Sali sebagai backup Torres (Hahaha.. cam best je) Mulalah Air Asia nak tepek logo ganti Carlsbeg...

Tapi yang jadi masalah, FIFA menetapkan kalau tak silap negara tersebut perlu berada di 100 ranking pertama FIFA. (kalau tak silaplah, mana tau peraturan dah berubah). Jadi, pasukan Malaysia perlu bekerja keras nak naik ranking. Jadik juara ASEAN pon dah kira baik.

Jadi, berbalik semula kepada ranking peminat. kita di nombor 3. Tapi itu di Premierleague.com punya pendaftaran fantasy. Belum campur yang tak reti bukak internet.. hahah..

Tapi penggunaan Internet kat Malaysia ni antara tertinggi di Asia, malah dah melebihi negara-negara Eropah sendiri. Tapi kelembapan Internet masih setaraf negara-negara Afrika. Hehehe..

p/s: s'mat ari raya...