Benayoun: boikot atau tidak?
Kecoh seluruh dunia berkenaan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Seluruh dunia tak kira bangsa, agama semuanya bersatu menentang kezaliman Zionis terhadap Palestin yang tak berdosa. Pelbagai langkah yang dicadangkan agar kezaliman ini dihentikan segera. Malaysia salah sebuah negara paling keras mengecam kezaliman zionis walaupun sekadar mampu bersuara. Selain itu, pelbagai produk keluaran Israel di BOIKOT dari terus dibeli rakyat Malaysia yang bersimpati dengan penduduk Palestin. Saya turut mengecam tindakan zalim seperti ini. Mana-mana restoran FastFood yang dalangnya adalah Israel, pastinya diboikot. Tak kiralah, asal pemiliknya Berketurunan Yahudi juga turut tersenarai dalam list memboikot produk tersebut.
Dunia bola juga tak sepi dari terlibat dari isu tersebut. Frederic Kanoute, penyerang Sevilla turut mencetuskan kontroversi setelah mendedahkan baju dalamnya yang tertulis Palestine menunjukkan sokongannya terhadap perjuangan rakyat Palestine. Banyak kecaman dari pelbagai pihak di Sepanyol, dan akhirnya dia didenda sejumlah wang berikutan tindakannya.
Arsenal dan Man United juga tak ketinggalan, pemilik kedua-dua pasukan ini juga turut dikatakan mempunyai kaitan dengan Yahudi dan lebih jelas lagi, kelab Arsenal banyak memberi peruntukan kepada negara Yahudi itu.Liverpool juga mempunyai pemain Israel. Yossi benayoun merupakan bintang Israel paling menyinar ketika ini. Kapten Israel ini pastinya menerima kecaman hebat dari peminat yang amat anti kepada Israel. Namun, bagi peminat Liverpool pastinya keliru dengan isu ini. begitu juga peminat Gunners yang kini sangsi adakah sokongan mereka selama ini berpihak untuk Israel? Banyak pendapat bagi kes ini. Kanoute baru-baru ini disaman ekoran tindakannya menunjukkan sokongannya terhadap Palestine. Pastinya denda itu, menjadi pengajaran buat pemain lain agar lebih berhati-hati dengan isu itu. Bagi saya pula, tindakan Kanoute memang patut berikutan sikapnya yang prihatin terhadap kezaliman yang ditimpa penduduk Palestin yang tak berdosa. Namun, apakan daya Bola Sepak bukanlah tempat untuk beliau bertindak demikian rupa. FIFA amat tegas dengan racism atau perkauman. Setiap iklannya sebelum bermulanya setiap perlawanan antarabangsa, Racism patut diketepikan ketika setiap pemain berada di atas padang.
Isu Benayoun tadi, tak perlulah dibimbangkan selagi Benayoun tak menunjukkan kezalimannya seperti zionis di atas padang. Di atas semangat kesukanan, isu-isu seperti ini boleh diketepikan. Harus diingat juga, kita sebenarnya membantah tindakan regim Yahudi yang mengamalkan Zionisme di mana mereka mahu menyingkir Palestin dari bumi mereka 'kononnya'. Tidak semua juga Yahudi itu zalim sperti Zionis, ada juga Yahudi itu Islam yang juga mengutuk kekejaman kerajaan mereka sendiri. Fikirlah secara rasional dalam tindakan seperti ini. Yang pasti, jika setiap sokongan kita itu membawa keuntungan buat regim zionis yang zalim itu, hentikan saja sokongan itu.
Jika benar Arsenal banyak sumbangannya untuk Zionis, hentikan menyalur kewangan untuk kelab itu. Tapi, jika sokongan atas dasar semangat kesukanan, apa salahnya?
3 comments :
"Tidak semua juga Yahudi itu zalim sperti Zionis, ada juga Yahudi itu Islam yang juga mengutuk kekejaman kerajaan mereka sendiri."
- abganep, fakta abg nih ade salah sket la.. Yahudi tu adalah agama, n Yahudi bukan Islam, xdak Yahudi Islam. cume, Yahudi dgn Islam adalah ketegori same, iaitu, agama dari langit. memang ade org Yahudi yang menentang kekejaman zionist di Palestine, n mereka nih adalah Yahudi biasa, dan bukan dari keturunan Zionist.. ape2 pun bagus gak post nih..
kpd sir topec...
enta pon salah jugak lar...len kali serach kat google dl jgn men ckp jer..
YAHUDI=BANGSA bkn agama...
ZIONIST=search kat GOOGLE per maksud dier...pnjg sgt nk citer...
zmn NABI MUHAMMAD SAW pon ader org yahudi msk islam lar..ish2
ok dpt x??YAHUDI=BANGSA k!!
kpd anep...
lame x dgr citer huhu..anep cbe ko wat citer ttg perang khaibar..musti mantap..sbb smpi skrang anjing2 2 masih ingt lg peristiwa 2
yUP.. to topek info...
Yahudi is not a religios...
Judism is their believe....
ada beza tu..
nanti aku update skit info nih..
Post a Comment