27 April 2009

Liverpool-Man United; rating tv malaysia tertinggi - utusan


Nah.. Kejayaan membenam ManChesteruk United meraih populariti tertinggi di Malaysia hasil kajian satu agensi lapor Utusan Malaysia Hari ini. Dipetik seprti di bawah:

Pada Mac sahaja, perlawanan siaran langsung EPL di ESPN dan Star Sports merupakan satu-satunya rancangan yang bukan menggunakan bahasa tempatan yang berada di ranking 100 tertinggi siaran televisyen di Malaysia.

Perlawanan EPL antara Manchester United dan Liverpool 14 Mac lalu menduduki tangga ketiga tertinggi sepanjang tempoh 1 hingga 15 Mac, dengan pencapaian yang memberangsangkan dengan purata 6.6 peratus adalah penonton lelaki berusia 15 tahun ke atas, antara jumlah penonton tertinggi (di antara siaran serantau) iaitu 17.3 peratus ketika waktu perdana. baca lagi...

Di awal musim, statistik di kalangan penonton bolasepak malaysia cenderung mengundi Fernando Torres berbanding Cristiano Ronaldo, manakala Steven Gerrard sedikit mahu memintas Ronaldo di tempat ketiga. Kesimpulan di sini, ramai peminat Liverpool di sebalik batu. Masih berselindung, mereka minat Liverpool. Statistik dah membuktikan..., sebelum ini juga, perlawanan Liverpool-Real Madrid, Liverpool-Arsenal, Liverpool-Man U (Anfield) turut mencipta rating tertinggi kaca tv tempatan. Tahniah, peminat liverpool dah mula membuka empayar di Malaysia.. Kita tinggalkan Man United yang lapuk diminati ramai orang Malaysia..

1 comments :

  1. mie said...

    oh...
    semestinya..
    semua nk tgk kehebatan liverpool..
    hahahaaa