29 September 2008

Malaysia memang peminat no1 EPL

Aiya.. lama tak sentuh blog... takda mood la kawan... ni aku paste kan tulisan aku dari my-lfc.com

Klik sini utk news asal

Malaysia mencatat jumlah peminat EPL tertinggi di rantau Asia. Statistik ni aku ambil daripada laman rasmi EPL di www.premierleague.com. Budaya menyokong pasukan-pasukan kelab dari England ini, dah jadi trend dan budaya bagi setiap golongan remaja mahupun dewasa. Apa yang dapat kita lihat, peminat bolasepak di Malaysia hampir semua mengarahkan minatnya kepada kelab-kelab besar EPL seperti Man United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Menurut ranking yang dikeluarkan premierleague.com berdasarkan jumlah ahli yang berdaftar untuk permainan fantasy liga, Malaysia berada di kedudukan ke-3 keseluruhan selepas England dan Ireland. aku senaraikan sikit top-10 bilangan user berdaftar mengikut negara.

England - 833k

Ireland - 142k

Malaysia - 86k

Australia - 76k

USA - 51k

Scotland - 47k

Wales - 27k

India - 22k

Northern Ireland - 21k

South Africa - 20k

sumber: Fantasy.premierleague

Jom kita bongkar apa puncanya!!... read more

Kalau korang semua perhatikan kepada top-10 negara-negara yang dalam senarai. Memang terkejut besar bila Malaysia dok tangga 3. Kalaulah ranking ni sama dengan ranking FIFA sekarang, alangkah megahnya Malaysiaku. Dan korang perhatikan lagi senarai 10 negara tu, hampir semua negara tu, ada warganegaranya bermain di liga berkenaan.

1. England- dah tentu melambak, dia punya liga.

2.Ireland, Scotland,Wales, Norhern Ireland dah sebahagian Britain. Tak mustahil diorang minat liga yang sejak 1880-an lagi di layannya...

tapi dalam senarai, Malaysia dan India jek yang dok minat kat EPL walhal takda sorang pon pemainnya ada di EPL.?

Salah satu faktornya mungkin Liga tempatan terlalu bosan nak ditonton. Begitu juga di India, bola diorang pon tak kemana. walaupon rakyatnya berkali-kali ganda rakyat England tapi bola nya tak kemana gak.

Dah jelak,jelik dengan propaganda bolasepak tempatan. Nak kata Asia tak baguih, camna Park Ji sung bleh score lawan Chelsea?? dah jadi first Eleven di EPL. Mungkin kelab-kelab EPL perlu selongkar rakyat-rakyat India dan Malaysia ni. Satu prospek dan keuntungan melipat kali ganda bila ada pemain Malaysia mahupun India main dalam kelab EPL.

Tapi kenapa Korea takda dalam senarai? Jepun? Liga tempatan mereka dah cukup mantap. Aku rasa Urawa Reds tu lawan Liverpool, taktentu Liverpool bleh menang lagi.

Tapi berbalik kepaada prospek pemain malaysia di EPL. Cuba bayangkan kalau sorang Player Malaysia main kesebelasan utama Man United. Berapa banyak syarikat kaya-raya Malaysia nak taja MU?? Entah-entah MAS hanto Fire-Fly je jadik penaja baju Man U. Aku rasa kita semua sama je, cuma pemain Malaysia ni kalau dah membesar di liga sendiri, sah tak kemana. Padang lagi satu faktor, lopak sana sini. Mana tak Scolari berang masa menang 'hanya' 2-0 dengan Malaysia kat stadium Shah Alam.

Budaya 'tengok bola' dah diterap lebih awal kalau kat Malaysia. tapi budaya 'bola sebagai bidang utama' tak diterap lagi. Bola kat Malaysia hanya kerja sampingan je. Agak-agak ada match malam, baru la train siangnya.. kalu takda match, meniaga lah di pasar malam ke... mana-mana..

Aku nak syorkan kat kelab-kelab EPL mai la ramai-ramai datang amik anak-anak Malaysia ke akademi masing-masing. Untung besa wo, kalu pemain Malaysia main team korang. Kalau korang masih ingat, Alex Yoong di Formula-1. Beliau bersama team corot, MINARDI.. berduyun-duyun sponsor Malaysia ditepek kat kereta MINARDI. cuba bayangkan Liverpool sign Safee Sali sebagai backup Torres (Hahaha.. cam best je) Mulalah Air Asia nak tepek logo ganti Carlsbeg...

Tapi yang jadi masalah, FIFA menetapkan kalau tak silap negara tersebut perlu berada di 100 ranking pertama FIFA. (kalau tak silaplah, mana tau peraturan dah berubah). Jadi, pasukan Malaysia perlu bekerja keras nak naik ranking. Jadik juara ASEAN pon dah kira baik.

Jadi, berbalik semula kepada ranking peminat. kita di nombor 3. Tapi itu di Premierleague.com punya pendaftaran fantasy. Belum campur yang tak reti bukak internet.. hahah..

Tapi penggunaan Internet kat Malaysia ni antara tertinggi di Asia, malah dah melebihi negara-negara Eropah sendiri. Tapi kelembapan Internet masih setaraf negara-negara Afrika. Hehehe..

p/s: s'mat ari raya...

0 comments :